Pink Diamond

28 February 2017

1ST TIME CRAVING KERABU MAGGI

Assalamualaikum.

Hai!

Selamat petang. Sharing pasal kerabu maggi! 1st time saya makan ni. Kesian kan? Selalu tak pernah teruja nak makan menu macam ni. Sebab masam-masin kan macam somtam tu. Sebab cuka kot. 

Tapi hari ni saya try makan kerabu maggi buat kali pertama sebab hasutan rakan grup whatsapp zumba saya. πŸ˜‚πŸ˜‚ mudah terpengaruh sungguh. 

So balik je kerja tadi, parking kereta. Masuk umah ambik kunci motor. Ambik si kakak kat Tadika Day Care dia. Bawak dia naik motor pergi beli kerabu maggi. 

 
Dah namanya bawak anak, dia nak beli bubur chacha pink tu pulak. 

So beli maggi kerabu & bubur chacha. 

Tapi eh!

Tokey bagi free bubur nasik. Alhamdulillah. Rezeki... Kakak Qaira ni memang suka makan bubur akak ni. Sedap. Cukup rasa semua.

 
Tapi kerabu maggi akak ni memang superb la kak.. pedas berapi!

Sesiapa yang berdekatan sekitar Rawang boleh la try. Gerainya dekat dengan Masjid area Kg Kundang. Jual aneka bubur. Recommended!

Tq sudi baca.~

PERFUME SEA ROSE PADA HARGA RM59

Assalamualaikum.

Hai!

Nak share good news kat pencinta perfume!

Baru ni saya ke Jusco Shah Alam. Tengah jejalan, nampak pulak promosi perfume Davidoff ni..

Harga hanya RM59 untuk size 30ml..

Walaupun perfume bukanlah agenda utama ke Jusco, tapi sebab murah beli la jugak.

Dah namanya perempuan. πŸ˜‚ pantang tengok sale!

Tak pernah pakai perfume jenama ni. So bile bau fruity sweet tu saya dah suka.

Hehe..

So, apa lagi??

Cepatlah ke Jusco! 😜😜😜 

26 February 2017

CERITA BIRTHDAY ANAK LAGI

Assalamualaikum..

Hai! Selamat berhujung minggu.😘😘

Hujung minggu ni kami di rumah saje sebab suami saya kerja. Sibuk sikit bulan depan nak bercuti panjang. Ada kenduri adik ipar yang bongsu.

Ok!

Nak tempek gambar birthday anak lagi. Ai, tak habis-habis birthday anak ke??? Hari tu dah cerita birthday anak kat Tadika. 

Hari ni cerita birthday anak di rumah pengasuh la pulak. Babysitter (Ma Ani) anak saya yang plan ni.. saya tak nak susahkan mereka. Sebab andai kata dia tak anjurkan majlis untuk anak-anak asuhan dia, kami memang akan buat makan kecik-kecik kat Secret Recipe je macam biasa.

Sebenarnya Ma Ani nak buat belated birthday boy anak saya & advance birthday seorang lagi budak 3 tahun yang dia jaga. Since tarikh majlis tu ialah 18 Feb , bersamaan birthday Qaira Qaisara, dengan muka tak malu saya nak tumpang sekali dengan birthday girl punye kek! ☺️☺️

 

Tahun ni, semua kek frozen Qaira merasa... kek ni saya tempah dengan harga RM68.00. Comelkan?

 

Qaira punye excited potong kek! Mama blur tak tau nak potong kek ni macamne. Hahaha! Bese potong kek rata. πŸ˜… ni kek macam gunung dah.

 

Sorang lagi birthday boy kat sebelah. Tengah potong kek jugak. Sibuk memasing sebab budak ramai kiri kanan.

 

Anak-anak pun happy.. walaupun bukan saya yang menyiapkan majlis, tapi penat jugak badan ni. Macam tuan rumah pulak.

Mungkin sebab handle Muhammad Qayyum ni. So extra sikit kerja keras. 

Alhamdulillah. Majlis lancar je. Pukul 6 petang saya gerak balik rumah. Tak jauh pun rumah saya dengan rumah Ma Ani ni. Picit lif turun je dah sampai. Hehe..

Balik cepat sikit sebab sepupu nak datang rumah pulak. Balik masak untuk dinner dengan cousin & family pulak. 

Ok. Putera Puteri saya dah lena. Boleh la sambung buat kerja kat dapur ni.

Tq sudi baca.

Bye~

23 February 2017

Set Penjagaan Kulit Enfuselle Shaklee


Assalamualaikum..

Percayakah anda Set Enfuselle Shaklee setaraf dengan jenama luar negara dan lebih murah harganya dari yang kita jangkakan. 

Lagipun bukan setiap bulan kita membelanjakan duit untuk manjakan wajah kita ni. Sekali beli biarlah berbaloi, semulajadi dan selamat. 

 

Saya menggunakan set seperti di atas ni. Set basic normal-oily.

Ok, sekiranya kulit berminyak, Set Enfuselle terdiri daripada: Purifying cleansing gel (Untuk kulit berminyak, elakkanpenggunaan pencuci muka berasaskan krim atau losyen. Ia akan menyebabkan kulit tambah berminyak) Purifying  Toner Balancing moisturizer Eye Treatment

 **Anda boleh mengamalkan 2 kali sehari, setelah bangun tidur dan sebelum tidur. 

 

Purifying cleansing gel 

Cara menggunakan gel ini adalah dengan mencalit sedikit sahaja gel ke tapak tangan. 

Campurkan dengan air bersin dan gosok sehingga berbuih. 

Ratakan keatas wajah dan gosok dengan lembut (Elakkan dari terkena mata). 

Bilas dengan air bersih. Gel pencuci ini bertindak dengan lembut bagi menyingkirkan kotoran pada wajah, mekap dan minyak berlebihan. 

Bahan-bahan khas serta tambahan vitamin E menjadikan kulit terasa lembut dan segar. Hipoalergik Mencerahkan tona kulit. 

 

Purifying Toner

Selepas membilas wajah, lap wajah anda dengan kain bersih. 

Kemudian titiskan sedikit toner ke atas kapas muka dan sapu rata ke seluruh wajah termasuk bahagian leher. 

Purifying Toner bertindak sebagai penyegar dan merangsang kulit untuk persediaan rawatan. 

Terbukti secara klinikal:
🌸 Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip. 
🌸pH yang seimbang 
🌸Menyegarkan dan memperhaluskan kulit dengan ekstrak likoris dan witch hazel 
🌸Meminumkan kemunculan liang-liang besar pada kulit 
🌸Membantu mengawal kulit berminyak 🌸Hipoalergenik 

 

Calitkan sedikit Enfuselle Balancing Moisturizer dan ratakan ke seluruh wajah agar kulit sentiasa lembab. 

Ramai yang jatuh cinta dengan balancing moisturizer ni sebab struktur nya yang tidak melekit dan sanagt light. 

Cuba anda picit-picit wajah anda selepas menggunakan moisturizer, terasa licin dan smooth.

 Ia standing dengan produk di luar negara, Sangat Best!!  

Terbukti secara klinikal:  
🌸146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari.
🌸 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari 
🌸173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari 
🌸Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit hipoalergenic. 

 

Penggunaan eye treatment ini secara konsisten mampu menghilangkan dan mengurangkan kemunculan garis-garis halus serta kedutan tidak sekata.

 Ia mampu menghilangkan sembab di bawah mata dengan bantuan pelbagai mutrient dan botani khusus. 

Terbukti secara klinikal: 
🌸233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 2 minggu 
🌸120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu 
🌸209%  pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa 8 minggu
🌸 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa 8 minggu. 🌸tona kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
🌸 kandungan botani anti penuaan dan vitamin c memberikan faedah yang ketara kepada kulit halus di sekeliling mata 
🌸Sesuai untuk bahagian leher dan bibir 🌸🌸Hipoalergenik, diakui oleh pakar aftamologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
🌸 Dan akhir sekali anda boleh menggunakan compact powder kegemaran anda. 😍😍

❤️Selain kecantikan luaran, kita juga perlu menjaga kecantikan dalaman. Anda juga boleh mencuba Set Kecantikan Shaklee untuk makanan kesihatan kulit dari dalam. 

Tq sudi baca~

May SID882638

22 February 2017

Cheesetart Montok

Assalamualaikum.

Hai.

Terliur tak tengok tajuk? πŸ˜…

Meh saya sajikan dengan gambar sebenar..
 
Dijual pada harga RM10!

Untu pengenalan aje..

Lepas ni mungkin harga lain.

Sedappppp...

Jiran saya jual.

Yang menariknya tinggal di sini kebanyakan makanan dijual ada servis penghantaran ke pintu rumah terus!

Since ramai ada anak kecik yang tinggal di sini, servis macam ni memang dapat sambutan.

Dalam era mencabar ni, semua orang berusaha menambah pendapatan.

Kalau dulu surirumah dengan urusan rumah. Sekarang surirumah memasak & buat food delivery.

Tapi mereka di atas tak nampak apa yang dilakukan oleh rakyat untuk meneruskan kehidupan seperti biasa je ni. Bukan yang luar biasa.

Eh.

Politik emosi pulak.

CARA-CARA MENGHILANGKAN BAU BADAN DENGAN MURAH SERTA MUDAH

Assalamualaikum.

Hai!

Selamat pagi...

Breakfast dah? Saya dekat Car Wash ni. Cuci kereta kejap. 😁

 
Sambil tunggu kereta dicuci ni, meh nak share cara-cara menghilangkan bau badan dengan kos yang murah. Tapi takde la murah sangat sebab harga barang pun dah naik sekarang ni kan.


Caranya ialah dengan menggunakan limau purut.
.
Tak kenal limau purut macamane? 
.
Jom saya tunjukkan....
 

Haa.. yang mengerutu tu limau purut ye.. yang licin limau nipis. Yang licin dah kecil limau kasturi..
.
Sekarang ni memang susah nak dapat limau purut. Kene beli. Pokok kat kampung pun dah kene tebang. Jenuh jugak cari. Masa balik kampung pergi pasar basah Sungai Besar baru jumpa.

Sekali beli, suami saya beli banyak macam nak kenduri. Kalau suruh laki beli barang memang macam tu kejadiannya.

Jadi, mandi la dengan limau tu sampai lebam.πŸ˜…

Kalau dah jumpa limau ni, potong dua je. Lepas tu gunakan untuk mandi. Boleh gosok buah limau tu di bahagian pelipat badan paling utama.

Sebab dah beli banyak, tiap hari memang saya mandi limau purut. Ni bukan buat kepercayaan karut ke hape ye.. takde baca-baca serapah pun.

Saya memang suka mandi dengan limau purut sebab masa mandi limau bau bilik mandi harum semerbak segar je. Lepas tu memang sampai ke luar bau limau tu.

Lepas mandi badan rasa segar dan sejuk.

Masa berpantang kat kampung dulu, cuaca sangat panas. Badan berpeluh. Saya memang tak selesa. Seminggu 2,3x saya mandi limau. Kadang dengar suara mak mertua berbual dengan jiran datang umah sebab ada beranda belakang rumah. Orang tanya kenapa bau limau kuat? Mak cakap menantu aku tu mandi limau. πŸ˜…πŸ˜…

Saya percaya petua ni memang berkesan. Sebab saya dah guna dari umur 11 tahun. Sekarang dah 31 tahun. Hehe..

Kisahnya... Masa umur saya 11 tahun, saya ke Kuantan nak habiskan cuti sekolah di rumah kakak. Lepas tu kakak cakap ish badan kau ni bau peluh. 

Budak darjah 5 tengah aktif main netball masa tu. Haha. Memang peluh sangat badan. So kakak la yang bagitau cara hilangkan bau badan dengan limau purut ni.

Dia siap suruh pakai deodarant Rexona. Sampai sekarang saya masih pakai rexona.. πŸ˜…πŸ˜…

Budak umur 11 tahun zaman dulu tak macam budak sekarang. Dulu comot.

Budak sekarang..... umur baru 4 tahun sekarang ni gi Tadika pun nak pakai minyak wangi. Nak pakai lipstik tau... 
.
Tu adalah anak saya la..
 
Dah macam baru lepas tuang sirap dalam mulut pulak gayanya.

Mujur la mamanya ni stokis product-product kecantikan homemade bebas kimia. So tak kisah sangat dia nak pakai jellytint ni sebab jellytint ni pakai aloevera.

Harga pun RM10 je. Tapi sesuai untuk semua lapisan umur sebab sifatnya adalah bahan-bahan alam semulajadi.

Eh.. terpromosi bisnes kite pulak.

Sorrryyyy.. thehehehehee~~

Ok lah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk awak yang baca ni ye.

Tq sudi baca.

Bye~ 

19 February 2017

CELEBRATE BIRTHDAY KE4 TAHUN DI TADIKA

 
Assalamualaikum!

Selamat pagi..

Pagi-pagi dah tempel gambar birthday girl. Amboi.. meriah ye birthday anak saya yang sulung tahun ni.. last year saya merancang untuk buat birthday kat Taska macam ni. Tapi tak kesampaian sebab masa tu saya sedang berpantang kan adik. So si kakak ada lah sindrom tantrum tak nak ke taska since mama duduk kat rumah. Sebulan jugak la dia tak pergi taska last year. Tahun ni dia seronok sangat duduk kat Taska tu. Tapi dah upgred ke Tadika Playschool untuk student 4 tahun.


 
So untuk tahun ni merasa la potong kek kat tadika dengan kawan-kawan kelas 4,5,6 tahun.. Alhamdulillah... kakak terkejut dan seronok.. mula-mula tak perasan mama & abah masuk bawak kek. Dia tengah "ralit" main dengan member kat meja.

Mama just bawak kek & goodies beg je.. sebab cikgu dia cakap dorang celeb birthday pukul 11:20am. Lunch time di tadika pukul 12. So tak payah bawak makanan berbagai-bagai. Dorang dah ada makanan pun.

Anak sulung saya ni suka berangan Like a Princess. So mama beli scarf crown tu. Over tak mama dia ni??

Hahaha...

Dia punye feeling pakai crown tu tak tau nak cakap la. Sampai mama sorok kat almari sebab geram dengan "peel" dia tu.

Bila berperang dengan mama, mesti sorok crown. Kihkihkih..

Sorry kakak. 😁

Ini gambar 17 Feb. Advanced birthday. Sebab birthday sebenar pada 18 Feb. Tapi jatuh hari sabtu pulak.

Kite cepatkan sehari nak bagi sambut dengan kawan-kawan & teacher.

Apa pun tq sudi baca. 😍

Bye~ 

17 February 2017

PACK BEG KECIL UNTUK BIRTHDAY

Assalamualaikum.

Hai!

Salam Jumaat semua. 😊😊

Birthday anak dara saya yang ke4 tahun dah hampir tiba. Tahun ni nak bagi dia sambut dengan kengkawan kat Tadika. Last year tak dapek sebab mama tengah berpantang dengn adik Qayyum. Hehe..

Tahun ni dapat la tempah kek idaman kakak Qaira untuk birthday. Dia requested kek frozen.

 

So semalam mama sibuk pack beg untuk kawan-kawan Qaira.

 

Tak tau nak letak apa. Abah Qaira beli la pensil kat Kaison yang ada kartun & kipas tu..


Sebab rasa comel pulak mende alah ni.. Qaira  suka tiup kipas kat pensel ni.

 

 Tu je isi kandungan beg ni.

Takde gula-gula. Dah bagitau abah dia, no sweet, no choc.

Budak-budak memang suka. Tapi tak nak galakkan lagi makan.

Next entry pulak kite cerita sambutan birthday kat Tadika Qaira ok. 

Tq sudi baca. 😊

Bye~~

16 February 2017

SITE VISIT SETELAH SEKIAN LAMA BERTAPA DALAM PEJABAT


Alhamdulillah.. setelah sekian lama tak tunjuk skill berkerja di tapak binaan.. Semalam muncul di tapak menunjukkan bakat terpendam di laut dalam.. hehehe...

Ala tajuk & intro ala-ala hebat sangat kan.. Hakikatnya masih kulikutip je..

Sebenarnya ini ialah lawatan penilaian kerja kontraktor di tapak binaan.. So kami semua ni buat kerja multitasking.. Sebab nak pastikan semua kakitangan adalah aset syarikat. Ha.. gitewww..

 Hari tu saya dah buat kerja-kerja sales & marketing.. merasa la duduk kat Jusco edar flyer dan sebagainya. Sekarang kerja sales pun dah sikit sebab dah habis jual kesemua unit.. So saya buat kerja-kerja kat pejabat pulak. Urusan Subsale, Refinancing, Auction dan sebagainya la.... Tu yang kerja hakiki.. Kerja multitasking lain tetap kene buat seperti buat site visit ni la....

Jom tengok kerja kat tapak binaan.




Ada sebahagian blok dah buat kerja painting bangunan.. Ada blok masih under construction

Gambar pasal kerja sikit je. Tapi nak cerita bertapa terujanya saya naik lif consturction ni.. Hahaha... Kene himpit ramai-ramai... Sebab rombongan cik kiah je dah dekat 10 orang..


Gambar kat atas tu dalam lif. Muke excited giler kot sebab lif ni berhenjut-henjut. Rasa macam tengah bermain di Genting Highland je..kihkihkih...



Paling best bila kontraktor volunteer nak ambik kan gambar kami sebagai wakil pemaju berlatarbelakangkan Tasik. Perumahan ni ada Tasik. So blok yang berdekatan dapat la tengok Tasik... Indah sungguh.. Ni gambar kami dari tingkat 17. =)

Kontraktor ada cakap, tak semua pemaju sporting macam kami..haha.. sebab tu dorang seronok sangat buat projek ni..


Ni semua rombongan cik kiah dari team consultan, kontraktor, arkitek. 


Dah penat melawat bangunan 17 tingkat, tengok pulak hasil di kaki... Walaupun saya ni memang study background Civil Engineering, tapi saya dah lama tak buat kerja tapak dan ni kali pertama ada safety boot.. haha.. So tahap jakun tu melampau sikit. Gambar kasut penuh simen pun nak ambik jugak.

Hahahaha!

Okei la..actually, saya halfday hari ni. Nak balik rumah. Packing beg adiah untuk birthday girl kat Tadika esok. 

Jumpa lagi di entry lain ok.

Tq sudi baca.

Bye~

15 February 2017

RESEPI MEE GORENG BASAH SIMPLE ALA MAY.. =)

Hai!

Petang sikit baru muncul.. Sebab hari ni kena buat site valuation kat tapak projek! Penat sikit lama tak naik bangunan..pfft~ tapi sebab skop kerja memang merata-rata.. so penat tu rasanya biasa je. Lagi penat membebel kat anak dara di rumah.. Hehe...

Back to topic, saya nak share resepi Mee Goreng Basah Ala May..Ha.. kenapa ala May? Sukaati saya la sebab saya yang letak nama resepi.. ;p

Saya kerap jugak buat masakan mee goreng basah ni sebab anak pun suka. Yang specialnya ialah sebab saya pakai mi lidi!

Milidi ti takde rasa kapur. so tak pahit.. Cuma kene rebus dahulu milidi ni bagi lembut sebelum masak macam biasa.


Saya pernah jamu jiran makan mi lidi ni kat rumah saya.. Tak sangka suka betul nampaknya pekena mi lidi. Saya siap bagi mi lidi mentah yang saya buat stok kat rumah untuk dia masak sendiri. Semalam mintak resepi pulak..  Meh tengok resepi saya ni.. Resepi campak-campak je uols.. Yang penting sempat masak untuk anak bila balik kerja.

Mee goreng basah ala May πŸ˜‹

Bahan di bawah ni saya gunakan untuk sukatan separuh pek mi lidi.

✅1 biji bawang kecik hiris
✅2 biji bawang putih hiris
✅3,4,5 biji lada kecik- klu suka pedas hiris, saya bese letak sebiji2 dlm tu sebab takut anak kepedasan
✅2 sudu bsr cili boh
✅3 sudu kicap pekat
✅air agak2 nk kuah byk mana
🌸fishball,fishcake,tahu goreng,sayur,ayam,udang,sotong, cili merah *kadang tu saya pakai apa-apa bahan yang ada kat peti je.

Cara-cara memasak:

✍🏻️Tumis bawang kecik,bwg putih, lada.
✍🏻️naik bau je bau bahan tumisan tadi, letak pulak cili boh sehingga pecah minyak dan campurkan kicap pekat tadi.
✍🏻️ letak ayam, letak air, semua bahan2 haiwan & sayur, mee
✍🏻️siap.

Jiran saya yang mintak resepi ni cakap resepi yang tiada bahan rahsia ni dan takde add on apa-apa yang special ni  memang awesome sebab memang menambah-nambah makan katanya.. Tak pernah-pernah lagi masakan mee habis cepat.. Pakai resepi ni je cepat habis masakan kat meja tu..


Wow.. ;)

13 February 2017

Mee Kari Special Gambang Terbaik!


Hai! Lunch dah ke??? Makan apa hari ni?

Kalau tengah mencari idea menu makan-makan, jom saya nak share tempat makan sedap dekat Gambang, Kuantan Pahang.

Sabtu lepas saya balik ke kampung sekejap. Menghantar ibu bapa mertua balik kampung. Bila hari ahad nak balik ke KL, kami singgah la sekejap di Gambang makan mee kari. Kedai makan ni kepunyaan keluarga kepada kawan sekolah kami pada tahun 1999-2001 di Sek Men Paloh Hinai.

Dah lama kedai makan ni famous. Nama kedai makan ni Mee Kari Along.

Terletak di Hentian Gambang - UMP. Kat simpang empat nak ke Kuantan , KL, Muadzam Segamat.

Menu special kat kedai makan ni ialah Mee Kari. Lain-lain menu macam sup, nasik air pun ada..

Seperti biasanya saya, bile ke sini memang akan order Mi Kari Special. Penuh dengan udang, cendawan, kerang, ayam, fishball, fishcake, bebola sotong, bebola udang.. Fuh.. nak habiskan pun penat..


Mangkuk yang super besar.. Memang puas hati.. Semangkuk ni dalam RM13-RM15 kot. Saya pun kurang pasti sebab suami yang bayar. hehe..


Boboiboi saya tu dah nak beraksi di atas baby chair.. Nampak tak dah berdiri tu? Kene la mama abah makan bergilir-gilir.. Ada sesetengah orang tak paham situasi bawa anak kecil macam ni.

Orang yang tak paham akan tanya eh kenapa tak makan? Dalam hatiku berkata, meh la jaga anakku. Boleh la kami makan tak pandang kiri kanan.. hehe..

Eh. terbebel pulak..~


Ini pulak nasik air.. Penuh dan kaya dengan daging, ayam, kekacang.. Ni menu untuk anak-anak berdua tu.. Sebab dorang memang suka hirup sup-sup.. Sedap jugak nasik air ni..

Nasib baik mi kari saya tu terlalu banyak kuantitinya. Kalau kuantitinya macam mi kari biasa-biasa aje, memang saya akan habiskan nasik air anak ni..haha.. Selera ikan jerung tau.. kihkihkih..


Semua menu di atas dibayar dengan harga RM38.00 termasuk air. 

Kenyang sepanjang jalan sampai KL.. 

Memang rekemen kepada yang suka jalan jalan cari makan.

Tq sudi baca..

Bye~

11 February 2017

PITSTOP DI PORT DICKSON

Hai. =)

Tak habis lagi cerita perjalanan percutian saya last week. Harap jangan jemu membaca.. Heheee...

Curi-curi masa sikit update entry setiap hari..

Entry sebelum ni saya ada cerita saya dan family short trip ke Melaka. Semua short trip je... Jarang ada long trip ni.. 

Dalam perjalanan balik dari Melaka ke Kuala Lumpur, sempat lagi suamiku bawak anak-anak main pasir pantai di Port Dickson. Walaupun saya dah warning awal-awal tak nak ke Port Dickson sebab dah feenaattt.. ;')

Masuk dalam kereta je terus mata layu. Celik mata nampak signboard Linggi dan sebagainya.. 

What? i is terkejut gugurl..

Dah ada di Port Dickson? Muke terperanjat ala-ala hello kitty.. ;p

Dah alang sampai Port Dickson tu, kejut la si kakak bangun tidur. Waktu tu dalam pukul 5 petang kot..
Walaupun fenat, muka senyum manis je bile nak tangkap gambar. Biasa la tu kan? Sebab tu dont judge by picture only. Dalam gambar nampak tenang gembira je.. Kihkihkih...

Dah parking kereta tu, bukak bonet kereta, sesiap ambik tikar, layang-layang, bubble dan ambil segala makanan yang ada. Konon ala-ala mini picnic. Gitewww......


Asyik letak gambar tersenyum semanis gula.. Kali ni letak gambar macam tak siap pulak. Tak kan setiap masa anggun jelita je kan. Eh? heh.. Yang penting gambar anak tu chomell.. Chomel ke? Eh anak kite, kite puji la sendiri.. hihii..

Sempat jugak kami mengabadikan kenangan masa matahari terbenam. Si kakak bukan main seronok no main pasir. Si adik belajar pijak pasir pantai.

Lebih kurang pukul 6:40pm macam tu gerak balik ke Kuala Lumpur. 

Siap sedia nak rehat kan badan di atas katil empuk di rumah. Bersedia untuk kembali bekerja selepas berjalan..

Saat paling lega bila jejak kaki di rumah sendiri.

Alhamdulillah...~

Tq sudi baca. =)

10 February 2017

CENDAWAN MEKAH SERTA MANFAATNYA

Apa itu Cendawan Mekah? 

Cendawan...??tapi tak macam cendawan pun....
Macam pancake pun ada...mcm agar2 pun iya jugak...😹😹😹
πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„πŸ„

Hakikatnya Ia adalah sejenis kulat yang berbentuk macam obor-obor dan hidup dalam air bersih yang bergula. 

beberapa tahun dahulu, saya pernah kongsikan khasiat Cendawan Mekah ni dalam entry saya di [SINI]

Masa saya share pasal Cendawan Mekah ni, saya dapat banyak sangat sambutan melalui emel. Ada yang datang ambil kat pejabat saya. Ada yang mintak pos.. Memang dasyat sambutanya. dan memang ramai yang mencarinya. Dari saya bujang, sehingga la detik saya sudah beranak pinak, masih ada yang mencari Cendawan Mekah ni.

 

Kenapa ada perkataan Mekah? 

Sebab asal cendawan ini memang dari Mekah dan kisahnya ada disebut dalam Al Quran dan Hadis. Dalam bahasa arab, ia tidak disebut cendawan Mekah tetapi sebaliknya ia dinamakan Al-Kammah. Berasal dari Al-Mann.

Cendawan ni hidup dengan menjadikan gula sebagai makanannya dan dari hasil uraian gula tersebut terhasillah penawar yang sangat ampuh menangani masalah usus dan memerangi kanser secara amnya. 

Ada seribu satu khasiat Cendawan Mekah:

* Sakit sendi dan tulang
* Menyembuhkan sakit kepala termasuk migraine
* Menyembuhkan kencing manis
* Membantu menurunkan kadar kolesterol
* Melancarkan pembuangan air besar
* Menyembuhkan masalah penglihatan
* Mencegah dan menyembuhkan batuk, bronchitis dan asma.
* Menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi)
* Mencegah jerawat dan penyakit kulit lainnya
* Memperbaiki gangguan menstruasi dan menopause
* Membersihkan racun dalam tubuh (detoksifikasi) dan sel kanser
* Mengatasi masalah impotensi/ disfungsi ereksi
* Mengurangi stress dan gangguan tidur (insomnia)
* Menyuburkan rambut dan mengatasi masalah keguguran serta membantu masalah uban
* Menambah tenaga termasuk tenaga seksual
* Menjaga stamina tubuh dan menurunkan ketegangan saraf serta berbagai macam penyakit lainnya
* Membuat tubuh senantiasa sihat dan awet muda
* Memyembuhkan sakit lumpuh (stroke)
* Dan berbagai jenis penyakit kronik

Ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Kombucha Tea, Alga Mekah, Mud-mud dan Ibu Som.

Benih cendawan ini sangat mahal harganya sesuai dengan khasiatnya untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Benih ini menjadi rebutan diseluruh Nusantara, India, Asia Barat, Eropah kerana nilai kandungan perubatan yang terkandung dalam air cendawan ajaib ini. Ia dipanggil dengan pelbagai nama seperti Tea Combuchea Di Indonesia, Alga Mekah, Ibu Som Di Malaysia (Terengganu) dan pelbagai nama unik lain.

Cendawan ini dibiakkan melalui proses rendaman dengan air teh O. Jika direndam sebulan,benih ini akan membesar mengikut bekas yang kita rendam. Kalau anda rendam dalam baldi.. maka besar baldilah ia akan membesar. Ada juga yang membesarkannya dalam aquarium.

Air Teh O Yang direndam tadi akan berubah rasa menjadi rasa air apple. Air tersebut hendaklah ditukarkan dengan air teh o yang baru dan dibiarkan selama 1 @ 2 minggu Kemudian barulah air yang direndam 1 @ 2 minggu tadi dijadikan minuman.

Komponen Komponen yang Terbentuk Semasa Proses Penghasilan Cendawan Mekah/cendawan mud-mud/kambuchia tea/kulat som

* Asam laktat
Asam laktat yang ada di dalam kombucha sebagian besar terdapat dalam bentuk L(+)-laktat. Asam laktat penting bagi sistem pencernaan manusia. Asam laktat juga digunakan sebagai indikator penyakit kanser.

* Asam Asetat
Asam asetat dapat menghambat bakteria merbahaya sehingga selalu digunakan menjadi pengawet. Asam asetat merupakan komponen yang memberi aroma dan rasa khas pada teh kombucha.

* Asam Malat
Asam malat penting dalam proses detoksifikasi tubuh.

* Asam Oksalat
Asam oksalat dapat berfungsi sebagai pengawet alami dan juga menyokong sel dalam memproduksi energi bagi tubuh.

* Asam Glukonat
Asam glukonat efektif dalam infeksi yeast seperti Candida.

* Asam Butirat
Asam butirat diproduksi oleh khamir dan bekerja sama melawan infeksi khamir dengan asam glukonat.

* Asam Buktirat
Meningkatkan regenerasi sel yang baik dan sehat.

* Asam Amino
Merupakan sekelompok asam yang berperanan dalam pembentukan protein. Asam amino penting dalam pembelahan sel dan memperbaiki jaringan yang rosak. Asam amino juga dapat membentuk antibodi yang dapat melawan bakteria dan virus.

* Enzim
Enzim adalah bagian dari protein yang bertindak sebagai biokatalis, mempercepat laju reaksi biokimia dalam tubuh. Oleh karena itu, enzim akan meningkatkan fungsi-fungsi kesehatan kombucha dengan tubuh.

‘Biochemist’ banyak menyebut tentang kesan therapeutik asid L-Laktik dan asid Glucuranic. 
Asid Laktik juga ditemui di dalam tapai makanan seperti sauerkraut dan yogurt. Asid Laktid di dalam air tapai yang aktif adalah lebih tinggi tahap ionnya maka ianya lebih baik dari asid asitik (dijumpai dalam cuka). Asid Laktik mengaktifkan sel pernafasan, meningkatkan oksigen di dalam darah dan menambahkan tenaga. Ia juga dapat mengimbangi pH darah dalam keadaan berasid dan secara perlahan meransang fungsi hati (liver).

Asid Laktik jarang sekali terdapat didalam tisu pesakit kanser. Kekurangan asid Laktid akan menjurus kepada ‘Hypoxia’, iaitu kekurangan oksigen dan akan mengakibatkan pembentukkan asid DL-Laktik yang tidak diingini.

Asid Glucuronic adalah penyahtoksid bagi hati yang akan mengikat metabolic dan racun dari persekitaran bagi membuang bahan-bahan merbahaya tersebut dikeluarkan dari badan.

Pelarut semulajadi ini sangat berguna kepada pesakit-pesakit arthritis, gout atherosclerosis dan lain-lain di mana terdapat lebihan kolestrol dan lain-lain bahan metabolic. Asid Glucuronic juga adalah pembina kepada sekumpulan penting ‘mucopolysaccharides’.

Mucopolysaccharides adalah molekul-molekul kompleks yang besar gula yang bergabung dengan asid amino lalu membentuk semen cecair intercellular bagi badan yang akan melindungi dan mengikat antara satu lain organ-organ serta melincirkan sendi-sendi.

Mucoplysaccharides mengandungi:

1. Asid Hyaluronic, yang ditemui dalam krim-krim muka yang mahal dan juga dalam di kulit di mana ia mengikat sel-sel dan juga air tisu.
2. ‘Chondroitin Sulfate’, terdapat di tulang rawan dan rangkaian tisu yang mempercepatkan penyembuhan tulang dan tisu lembut.
3. Asid Mucoitin Sulfurik, bahan asas kepada pembinaan lapisan perut dan vitreous humors mata.
4. ‘Heparin’, pencair darah yang ditemui terutama dalam tisu hati dan peparu yang membantu mengelakkan pembekuan darah.

 

Sehingga sekarang, saya masih simpan Cendawan Mekah ni di rumah saya.

Kalau ada yang ingin merasai khasiatnya, boleh email saya : mayzura@ymail.com

Harganya?

Seikhlas hati.

Tq sudi baca! =)


 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page