Pink Diamond

30 January 2017

Herbal Blend Shaklee

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

. Dapat feedback positif dari ex kakak senior kat sekolah dedolu yang baru try herbal blend untuk second baby dia.. baby ada naik ruam-ruam sikit.

 

Tapi memang perasan, bila pakai krim ni memang rasa seronok je sebab tak berminyak dan cepat menyerap. Dengan rasa mentolnya tu, memang buat rasa nyaman je bila diguanakan. Hasilnya memang berbeza berbanding dengan krim-krim lain. Pakai di tapak tangan, tapak kaki takde kesan dan itulah yang saya suka sangat.

Antara kegunaan Herbal Blend Shaklee yang dah saya rasai ke’best’annya

✍🏻️Herbal Blend Shaklee | Multi Purpose Cream Terbaik
Manfaat terbaik yang boleh kita perolehi dengan menggunakan Herbal Blend ini

1. Membantu merawat eczema dan gatal-gatal digigit oleh serangga

Salah satu sebab teringin sangat nak gunakan Herbal Blend ni sebab kesian bila tengok anak-anak time kena gigit nyamuk. Lagi kesian bila tengok baby saya ni kalau kena gigit nyamuk. Tal pasal-pasal ada bintik merah halus kat mukanya. Mana taknya, nak halau macamana kan?.

Kenalah saya cari penyelesaian yang lebih selamat kan yang tiada bahan kimia. Betul tak? Memang cepat hilang kesan gigitan nyamuk tu bila gunakan Herbal Blend Shaklee ni.
.

2. Melicinkan tumit dari kesan tumit pecah, tapak kaki dan tumit kaki pecah kerana ini adalah masalah  biasa. Sebelum jatuh cinta dengan Herbal Blend Shaklee ni, setiap malam sebelum tidur saya akan sapukan lotion pada kaki dan tangan saya.

Yang tak bestnya, bila bangun pagi esoknya tu masih terasa berminyak dan kena basuh sampai hilang minyak tu sebelum nak solat. Tapi hasilnya tak berapa cun la. Bila dah dapat cuba Herbal Blend Shaklee ni, saya memang sengih je sampai ke telinga. Mana taknya, dah la tak berminyak dan hasilnya pun buat tumit kaki lembut dan rasa lembap je tau.  

3. Mengubati luka dan melecur

Fungsi yang ni mesti ramai yang tak tahu kan? Kira macam dah boleh jadi pengganti minyak gamat pun ada jugak. Bila anak-anak saya ada mengadu kena luka, saya pun suka gunakan Herbal Blend Shaklee ni untuk rawat luka. Bila tangan saya kena minyak panas pun saya sapukan Herbal Blend Shaklee ni jugak.

Alhamdulillah, panas pada tangan pun cepat je hilang tanpa tinggalkan parut. Memang patutla Shaklee gelarkannya Multi Purpose Cream sebab macam-macam boleh kita gunakan dalam kegunaan seharian kita. Saya amat mensyorkan untuk setiap rumah wajib ada 1 tiub tau.

4. Menghilangkan parut

5. Menghilangkan ruam pada baby

Ruam yang naik di badan baby dapat dihilangkan dalam masa beberapa hari sahaja dengan Herbal Blend Shaklee ni.

 6. Krim kegunaan harian

Saya memang gunakan Herbal Blend Shaklee ni sebagai krim untuk kegunaan seharian saya. Bila tangan saya kering, saya mesti sapukan krim ni sebab tak berminyak dan rasa mentholnya tu boleh buat rasa tenang gitu.

Bila tak berminyak ni, saya pun rasa selesa sangat sebab tak rasa berair macam kebanyakan krim dan losyen yang saya gunakan sebelum ni.

7. Membantu memulihkan puting luka bagi ibu menyusu

Saya tak pernah cuba lagi sebab masa puting pernah luka dulu, tak teringat nak sapukan Herbal Blend Shaklee ni. Bila dah luka dan melecet sebab gigitan atau dari lidah baby ni, fuhhh… Memang sakit sangat. Menangis tu bila nak susukan anak. Boleh lawan suara dengan anak yang lapar dengan tangisan kita yang sakit tu. :)

Disebabkan kandungannya yang semulajadi dan selamat, saya yakin ianya mampu memulihkan luka pada puting tu supaya takde lagi lawan tangisan dengan anak kita kelak. :)

Nasik dagang superb di Tasik Biru!

Hai! Selamat pagi awak-awak!

Sarapan apa cuti CNY ni?? 

Saya nak story pasal nasik dagang sedap di sekitar tempat saya tinggal.  Di Tasik Biru Sg Buloh.

Warung ni pepagi subuh hari memang ada menyajikan masakan pantai timur. Paling saya suka makan nasik dagang & suami suka laksam. Tapi lately ni saya tengok suami pun dah suka makan nasik dagang kat warung ni.

Sedap letuuu..πŸ˜†
 
Warnanya, rasanya sesedap rasa!

Dulu masa kami baru pindah sini awal tahun 2014, kat sini kami order makanan untuk house warming jamu tetamu.

Semua orang menambah.

Puas hati.

Warung ni dekat selekoh je dengan Tasik Biru.

27 January 2017

Inner Nursing Friendly

Assalamualaikum.

Ada yang tercari-cari inner nursing friendly? Kalau ada, meh saya nak kongsikan stok-stok inner nursing yang saya ada.

Dihasilkan dari material berkualiti. Kain yang jenis tidak renyuk. Tak perlu iron. Hanya sarung & pakai cardigan. Siap! 

Boleh pakai di rumah ataupun add on cardigan jika nak keluar rumah. 

Bahagian menyusu pun hanya perlu selak. 

Serendah RM28 sehelai.

 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat mencuci mata uols..

Kalau minat, jangan segan silu whatsapp saya 012-9628636 / Emel : mayzura@ymail.com

26 January 2017

Burger mini kecik tapi sedap!😍

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat pagi.

Walaupun dah hampir tengahari, tapi sejuk sehingga ke tulang. Musim hujan sekarang ni.. Rasanya last year tengah berpantang time ni musim panas sangat. 

Pagi tadi dengan penuh semangat saya sediakan mini burger untuk sarapan. Sarapan berdua dengan si kakak sebelum dia ke tadika. Memang eksaited dia nak makan mini burger ni.
 
Fefeling macam masak burger kat kedai je.

Rasanya memang not bad sangat! Daging ayam tu asa rasa rempah-rempah sikit.. Saya letak sos & mayonis.

Anak suka. Mama lagi suka!

Hehe..

 

Saya buat 4 pcs burger je untuk makan berdua.

Tapi perut mama cakap tak cukup!!! 😒

Bersabar la duhai hati tunggu lunch hour ye! Makan pepuas!

23 January 2017

Jangan Lakukan Bila Gawat Datang!

#TabungGawat
Ditulis oleh Azizul Azli Ahmad.

JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG

1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang 'terakhir masuk, paling awal keluar'

2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.

3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.

4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.

5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.

6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.

7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.

8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.

9. Jangan 'dating' di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja.

10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.

11. Jangan tambah isteri yang ada, kekal yang lama tambah bahagia.

12. Jangan cari suami yang kaya, banyak dah contoh kekal tak lama.

13. Jangan merungut duit tak ada depan anak kita, berusahalah suami kacak semua.

14. Jangan malu pandu viva, semua yang bawak kacak macam bangla.

15. Jangan lupa bina Tabung Warna. walau ada yang ketawa tengok tabung kita. Jumlahnya beribu juga, engkau ada...

Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini.

#BanyakkanUsahaDanKurangkanMerungut.

Kebaikan Vit B Complex Shaklee

Assalamualaikum.

Hai!

Nak bagitau rutin saya setiap pagi. πŸ˜…

Rutin!

Ambil 1 biji sehari je sudah mencukupi. Sebotol bertahan 4 bulan. Good news! Mulaj 2017, harga b complex tiada GST!

✍🏻KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

 

So, jangan lupa makan BComplex sehari sekali ok! Harga BComplex 2017 ni bebas GST! 

Wow!

Boleh hubungi saya : whatsapp :012-928636/Emel : mayzura@ymail,com

20 January 2017

Secret Recipe Bagi Free ! Slice Cake Hari Ni je...

Assalamualaikum.

Hai!

Lunch dah? Makan apa pulak hari ini??

Saya makan kek kat Secret Recipe berdua dengan opismet je.. 

Tau tak? Sempena anniversary ke 20 tahun Secret Recipe pada 20 Jan 2017, dorang bagi free 1 slice cake!

Nyummy! 
 
So kami berdua share la kek free tu!

Tapi hari ni sahaja.. so cecepat la pergi Secret Recipe berhampiran.

Tadi kami kebulur sangat. Order jugak main dish walaupun dah ada cake! Teruk nye tekak mintak macam-macam.
  
Laksa Singapore untuk saya. Spagheti ape bende tah untuk akak opismet.

Pestime rasa laksa Singapore. Not to bad la. Sedap jugak.

Tapi, saya ni seram sikit nak order menu lain-lain di Secret Recipe!

Sebab penah dapat makanan di Secret Recipe yang indah khabar dari rupaaaa.. (*___*)

Kalau nasib baik dapat Restoren Secret Recipe yang ok... ok lah! Kalau dapat yang tah pape.. memang sedih makanan yang dihidangkan.

Tapi yang saya pergi hari ni, tak mengecewakan! (^_^)

Tapi itu pengalaman saya. Pengalaman korang pulak??

19 January 2017

Tepung cheese sesedap cheese di kfc

Assalamualaikum.

Hai! Dah lunch? Makan apa? Saya tadi makan ayam penyet. Burp kenyang alhamdulilah.

Pernah tak makan cheezy wedges kfc?? Sedap kan?

Pernah tak rasa nak buat sendiri kat rumah? Tapi rasa tak sama macam makan kat kfc sebab takde sos cheese yg kuning melekat tu??

Haa.. ni nak bagitau..

Saya ada jual tepung cheese dengan rasa seenak cheese kfc tu. Beli sekali komfem puas hati..
 
So tadi sempat saya pos kan tepung ni ke Ampang. Tq sis sudi beli tepung cheezy wedges ni dari saya. Nanti dah sampai jangan lupa share hasil bancuhan tepung ni ye!
 

Tepung cheese ni kite cuma perlu bancuh je. Tuang tepung dalam bekas & isi air suam sikit demi sedikit untuk memastikan kepekatannya menepati piawaian macam sos cheese kfc! Haha! Skema kan?? 

Kalau cair sangat tak sedap.

Kalau tak habis, tepung tu simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ye. Lebih tahan lama & jimat. 

So, ada yang berminat nk try bercheesy wedges di rumah dengan rasa seenak makan di kfc?? πŸ˜‹πŸ˜‹

Jangan segan-segan πŸ“±whatsapp 012-9628636/pm/emel saya ok!

Hanya RM12 je. πŸ˜πŸ˜πŸ€—

Homemade Lipscrub dan Lipbalm

Assalamualaikum.

Hai!

Ada tak yang mencari product-product homemade? Ni nak bagitau ni.. saya ada jual product homemade utk penjagaan wajah & bibir.

Hari ni nak kenalkan homemade lipbalm & lipscrub.

 
Nak buang hitam2 tepi bibir,GUNA LIPSCRUB + LIPBALM MADU MAERA SECRET✌

 
.
Nak cerahkan bibir n merahkan bibir,GUNA LIPSCRUB + LIPBALM MADU MAERA SECRET✌
.
Nak cantikkan n sihatkan bibir,GUNA LIPSCRUB + LIPBALM MADU MAERA SECRET✌
.
Nak pakai bahan tanpa kimia,GUNA LIPSCRUB + LIPBALM MADU MAERA SECRET✌

Harga serendah RM8 untuk lipscrub 
Dan RM14 untuk lipbalm

 

πŸ“² 012-9628636

So, kalau nak try boleh la whatsapp ya! Emel pun boleh..

18 January 2017

happy New Year 2017!!

Hai!
Adakah saya sudah terlewat untuk mengucapkan happy new year??? Harapannya saya masih belum lewat ye.. hehe..

Lama betul tak update blog ni.. Tengok last posting pun 3,4 bulan lepas.

Hari ni berkesempatan sikit bukan bukak blog through PC. Selalu saya pakai hp je.. Tak kick sangat rasanya tengok blog pakai hp. ;)

Saya tengok ramai kengkawan alam maya saya masih aktif dengan dunia blog! Tahniah uols! Sangat konsisten.

Saya terkini, sudah beranak dua. Masih bekerja. Dah nak kene update header blog letak gambar anak nombor dua pulak kan?Hehehe..

Dan saya handle sedikit perniagaan online dan berdaftar SSM tau! aha. Upgred sikit la dah ada SSM kan. Kene fokus.

Tadi saya baca balik la posting-posting lama saya yang kengkawan komen. Komen korang saya baru publish hari ni.. Sambil baca komen tu, saya baca entry lama-lama saya.

Rasa macam malu pulak!

Kenapa malu ye? Mungkin dari segi bahasa dedolu yang entah hape-hape kan? Sekarang umor pun dah 3 series. So, rasa macam orang matang-matang camgitu bile hari ni menaip dengan ayat yang agak sopan santun. :)

Mungkin pagi ni mood santai-santai.. So ayat pun santai-santai. 

Oh. Ada lagi ke kawan-kawan alam maya bloger saya yang nampak post ni masih ingat & kenal saya? Cube komen Yes sikit kat kotak komen!

Haha!

Rasa macam tengah update facebook pulak bile mintak orang komen YES kat komen.
Saya aktif di FB sekarang ni.

I/Allah akan cuba naikkan semula blog saya  ni.. Secara perlahan-lahan. Doakan saya konsisten macam korang jugak tau!
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page