Pink Diamond

19 November 2015

Ok. Blog ini sepi. Blog mak buyong.

Assalamualaikum...

Sepi sungguh blog ni. Ke mane la tuan tanah ni kan. Huhu..

Kagum betul dengn kekawan bloger yang masih aktif dengan blog walaupun anak ramai. Aku ni baru anak sorang je mood update blog terus ke laut dalam.

Terkini, aku sedang pregnant. Sudah 8 bulan. Menanti masa nak bersalin..
Ni gambar masa kat JB bulan lepas. Melawat hello kitty town..

Qaira pun dah dimaklumkan dia bakal dapat adik. Hari-hari dia tanya adik tengah buat ape..

Kakak Qaira prektis tidokan baby.. 😊

Sekarang pun Qaira bahasakan diri dia kakak. Bila borak dengan dia dia panggil diri sendiri kakak.
Contohnye..
"Mama, kakak dah bangun.."

Dah bersedia kot nak dapat adik. Ehehe.. 

Aku dah pesan dengan dia, bila adik keluar dari perut nanti, mama tak nak tdo dengan kakak. Si kakak ni jerit-jerit cakap eh.. Tak boleh.. Mama kene tido dengan kakak.. 

Susah jugak ni nak berpisah katil dengan mama dia.

So, plan bersalin nanti... Aku decided untuk bersalin di Putra Medical Centre. Dekat Rahman Putra. Sekarang ni dah start checkup dengan doc pakar kat sana. Hopefully dipermudahkan.

Amin..



 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page