27 August 2014

Terjebak jugak dengan botol susu Avent!

Assalamualaikum..

Baru ni aku beli botol susu untuk Qaira secara online.. Botol susu Avent.. Sebab tengok review ramai yang cakap ok.

Qaira ni, aku takde dedahkan dia dengan botol susu berjenama.. Heh.. So far dia isap susu pakai botol bumblebee dengan botol susu medela tu ok je. Tak de dia memilih macam sesetengah baby tu.. Heee.. Tak tau la kes tu mama dia yang memilih botol mahal @ anak yang nak botol mahal.. Heee.. Ops!

So, bebaru ni saja nak try botol avent ni. Tengok ada orang buat happy hour sale kat fb.. 2 botol susu Avent 9oz RM75 dengan postage.. Rata-rata yang cakap harga tu murah.. Kat mall pun tak dapek harga tu...

So,semalam pun botol susu sampai.. Hari ni baru hantar kat rumah pengasuh nak try tengok Qaira ok tak dengan botol susu baru...

Dari review yang aku baca & kawan-kawan bagitau botol Avent ni best sebab susu tak keluar kalau baby tak sedut.. Hehe.. Baby pegang pun senang katenye..

Dah tiba masa pun Qaira tukar botol susu baru.. :)

posted from Bloggeroid

22 August 2014

Surprise gift untuk my sister birthday!

Assalamualaikum.

Hai.. Hari ni semua rakyat Malaysia berkabung. Aku pun pakai baju kurung hitam hari ni...dari atas sampai bawah hitam.. Sedih memang sedih bila mengenangkan tragedi mh17 ni.. Tak boleh bayangkan kalau ada family sendiri.. Lagi sedih kot.. :'(

Hari ni birthday kakak aku..

Tetiba terdetik kat hati nak bagi surprise kat dia. Terus google servis hantar adiah kat pintu opis..

Jumpa je yang ada servis tu,terus aku call mintak dia hantar chocolate kat opis akak aku petang ni jugak.

Yang tak menahan tu tak nak yang mahal.. Dasar kedekut punya adik! Hahaa

Bila nak murah, dapat ni la hasilnya..

RM45 dengan penghantaran.. Sebenarnya mahal harga tu..

3 ketul ferrero tu baru berapa hengget!..

Tapi, takpela.. Tahun depan kalau di panjangkan umur,dimurahkan rezeki,up ckit la surprise gift door tu the door ni.hehe.. Aminn...

Happy birthday angah! Luv u..

*bukan dia baca blog haku pun.heh.. Runner delivery bunga tengah hantar g opis dia ni.belum sampai lagi kot.. :)

posted from Bloggeroid

Cara Bayar Tunggakan Pinjaman Yayasan Negeri Pahang

Assalamualaikum...

Meh sini hakak nak cerita tatacara membayar tunggakan pinjaman yayasan negeri Pahang..

Bila ada tunggakan yayasan pahang ni, kene la bayar tunggakan tu dulu.. Selagi tak selesai tunggakan tu,ko bayar tetiap bulan pun masih ada tunggakan..

Contoh, tunggakan ada rm2,000. Kalau berdasarkan perbualan aku dengan staff yayasan, kene bayar lum sum dulu tunggakan tu. Sebab tunggakan tu amount yang peminjam tak bayar dalam tempoh setahun la.. Contohnya setahun tak bayar kan.. Bila dah selesai tunggakan tu baru boleh buat bayaran bulanan macam biasa. Baru lah selesai tunggakan..

Mungkin itu yang kawan aku tak paham. Kenapa dia dapat surat lawyer walaupun dia buat bayaran tetiap bulan..

Pinjaman ni,kalau malas nak bayar kat bank,buat la bayaran secara online.. Shopping online buleh, takkan bayaran pinjaman online tak boleh. Ops lagi!!
posted from Bloggeroid

21 August 2014

Hutang oh hutang

Assalamualaikum..

Alkisah... Aku dan kekawan... Hehe... Semalam si polan call.. Tanya kabar...

Sambil nak tau pasal loan kami masa study dulu ape cerita.. Sebab dia dapat surat saman dari peguam.. Sedangkan dia bayar setiap bulan. Cuma tak ikut jadual sebenar pembayaran bulanan. Contoh: sepatutnya bayar rm150 tapi dia bayar rm100 je..

So dia nak tau la aku buat macamne... Bayar berapa..

Aku pun bagitau, loan yayasan aku dah selesai. Aku dah setel hutang tu tahun lepas lagi.. Lepas dapat warning dari lawyer jugak. Haha.. Tapi masa dapat warning tu aku tengah sebok nak kawen.

Aku pun tak suka berhutang lama,every month bayar lebih.. Nak habiskan cecepat.. Setahun gitu, selesai..

Dia pun macam termangu dengar aku cakap dah habis hutang belajar..

Then,dia decide malas layan surat lawyer tu..

Aku pun cakap,wei..hutang bayor laaa... Aku suruh call yayasan pahang cek kenape dapat surat lawyer g walau bayar tiap bulan.

So,dia tak nak buat benda aku suruh. Dia nk bayar rm100 je..

Haii..lantak hang la.. Haha... Hang yang menanggung..

P/s: biarla aku tak dapat gi bercuti obesi pun janji dapat selesai hutang zaman study tu dulu. Ops!

posted from Bloggeroid

20 August 2014

Mini open house & housewarming 16 Ogos 2014

Assalamualaikum..

#throwback.

Hihi... Terus hash tag.. ;p

Sabtu minggu lepas,aku buat makan-makan sikit kat rumah.. Jemput yang dekat-dekat je.. Bajet dalam 100 orang je..
Menu pulak ikut tekak kami laki bini. Aci dop? Haha. Nasik dagang & laksam. Ni menu order. Original klate.. Memang terbaikkk.. Semua orang cakap sedap.. Menu lain yang masak sendiri, rendang ayam,nasi himpit,kuah lodeh lontong..

Lemang beli 10 batang. Tu pun tak habis...

Gambar makanan tak terambik.. Hurmm. Tepuk dahi.

Tapi alhamdulillah.. Ramai jugak kunjungan yang dapat datang.. Officemate memang major datang la. Ada yang lupa..sebab invite awal sangat.takpe laa..


Gambar iols ni,di snap oleh kazen. Haha.. Kalau takde dia yang tetiba snap gambar, takde la gambar tetiba ni.hikhik..

Family belah husband semua datang.. Ni Qaira dengan semua sepupu sepapat dia...

Family aku tak dapat datang.. Mak tak sihat. Akak aku pulak, anak tengah sibuk nak upsr. Ada tuisyen. Takpe la.. Tapi,sempat g akak aku pos kuih semperit 2 balang.. Ngam on friday sampai.. Haha...

Ni anak-anak kak ipar.. Bloger khaili..

Anak opismet aku ni siap masuk bilik men masak-masak..adess.tepuk dahi bapak dia..

Ni pestime buat open house.. Banyak benda baru beli.. Haha.. Hadiah kawen semua guna..

I/Allah,tahun depan kalau panjang umur,murah rezeki,ada lagi open house.. :)
posted from Bloggeroid

18 August 2014

Cek nuffnang safely cash out!

Assalamualaikum...

Banyak dah ke dapat cek nuffnang tahun ni??? Aku baru dapat sekali.. Amount pun 3 angka je..

Alhamdulillah.. Syukur ada daripada tak hadoo kan..

Update blog pun suam-suam kuku.. Reward pun suam-suam kuku lah. Tak gitu? Heh. .

Btw,dah selamat clearkan cek ni last week. Duit pun dah masuk..

Share la pendapatan nuffnang uols dengan iols nak tak... :) mana tau boleh menambah semangat untuk buat entry setiap hari..

posted from Bloggeroid

15 August 2014

Jaga2 shopping dengan Courts Mammoth

Assalamualaikum..

Ni entry hutang dengan bloger kak rai. Tak tau dia ingat lagi ke tak.. Tapi,aku ingat. Hehe..

Ni cerita shopping di Courts Mammoth Damansara yang superrrr besar... Plan nak beli set meja makan je.. Bila tanya-tanya staff tu, spend rm3,000 boleh free penghantaran..

So,aku dengan husband add on la untuk cukup kan minimum amount untuk dapat free delivery charge tu..

Beli comforter lah! Beli bantal lah! Hehe..

Item kecik we all bawak balik je by car. Meja makan dengan kerusi office,lori courts hantar. Katanya penghantaran ambil masa seminggu..

2,3 hari lepas tu, bahagian delivery call bagitau nak hantar barang..

Aku pun over excited, balik umah bukak pintu luas-luas nak bagi dorang senang bawak meja masuk.. Alih-alih,set meja makan takde. Dorang cakap takde hantar set meja makan pun.

Aku keciwe. Tapi sedapkan hati,tunggu lagi seminggu.. Masuk minggu kedua,still takde delivery.. Aku tak sedap dah. Aku tanya-tanya abah Qaira,macamne ni.. Takkan lama sangat.. Sebab barang ready stock kat stor kata staff yang served aku tu..

Nak masuk minggu ketiga lepas buat order tu,aku call staff yang served ari tu tanya kenapa tak sampai- sampai lagi meja makan aku.. Dia pulak terkejut kenapa tak sampai lagi.. Nasib baik dia tolong follow up.. Katanya bagi tempoh seminggu untuk dia uruskan..

Aku pun ambik tempoh bertenang seminggu.. Tak lama kemudian,staff tu call aku.. Dia tanya,betul ke aku dah cancel kan order meja makan,sebab dia dapat info aku cancel order.. Adehhhhh.. Aku tanya dia,bila pulak aku cancel order. Dah la aku dok wasap dia tetiap hari tanya status barang. Tetiba dia cakap aku cancel order.. Berbuluuuuu je aku ni dengar..

Aku pun tanye dia.. Ke ada orang kidnap voucher aku?? Sebab aku bayar guna voucher..

Dia cakap takde lah.. Dia usahakan lagi untuk follow up dengan bahagian delivery..

Aku wasap dia memang tak berenti lah. Finally, hampir sebulan.. Baru ada staff bahagian delivery call nak bagitau dorang nak hantar set meja makan tu...

Baru lega.. Kalau tak,berderau jugak darah wei.. Walaupun pakai voucher,tapi harga nya je dah 4 angka.

Rupanya, hari tu jugak Courts Mammoth buat penghantaran ke rumah opismet aku yang beli umah berdekatan je. Kisah dia macam aku. Tunggu hampir sebulan,buat follow up. Orang yang hantar barang tu boleh cakap,kawan aku call dorang mintak extend hantar barang.

Sebenarnya?? Kawan aku takde call mintak extend pun.

See? Berhati-hati buat pembelian di sini. Boleh buat berderau darah hokeiii!

posted from Bloggeroid

2 August 2014

Anugerah Syawal,Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum.

Hai semua.. Selamat hari raya..

Update gambar raya katenyeeeeeee...

Dengan family.. Sibling..

Raya tahun ni semua bersederhana je... Melawat yang dekat dan sempat..

Mana yang tak sempat tu,mintak maap ye..

Jom sambung makan kuih raye!

posted from Bloggeroid

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page