Pink Diamond

30 May 2014

Kitchen Play Set Murah!

Assalamualaikum...

Baru ni carik kitchen play set utk Qaira. Nak bagi dapur sendiri untuk dia. So,jangan ganggu mama buat kerja kat dapur.. Hehee..

Aku ni nak bli kat kedai,bila cari tak jumpa. Bila shopping online,segalanya mudah

Tengahari tadi sampai kat opis aku.. Balik je rumah terus aku pasang.. Letak tepi dinding..

Bila Qaira balik rumah terus dia pi kat kitchen ni.

Aku tunjuk kat dia cara buat nasik goreng. Hahaaaa.. Cara pegang senduk.. Kihkihkih..

Ni tengah masuk ayam dalam oben.. Hehee..

Oke, open order,sape nak kitchen play set ni boleh emel k! Harga rm100 free postage.

Sekian :)

Karipap Gergasi Kuala Selangor Sedap!

Assalamualaikum.

Meh nak cite pasal karipap gergasi.. Lama sangat tak update cerita kan! Heh...

Semalam aku pergi site visit Kuala Selangor. On the way balik, singgah kat gerai karipap gergasi ni.. Dekat je dengan Cendol Bakar tu..

Beli 1 je karipap ni. Sebab besar sangat..

Sebijik RM3.50..

Makan setengah bijik dah kenyang.. Simpan pulak separuh lagi.

Dah sampai rumah,perabihkan sebijik. Terus tak payah makan malam. *__*

Korang lunch aper?

22 May 2014

Puding Buah Sos Custard untuk farewell.

Assalamualaikum..

Baru ni opis buat majlis perpisahan.. Semua makanan kita order saje.. Tapi, terdengar seorang staff dok tunjuk orang itu orang ini,mintak buat puding buah.. Aku pulak,diam je.. Dalam hati nak buat puding buah. Tapi,takut mood malas atau penat sangat badan lepas bekerja. So,malas nak berjanji yang aku akan buat puding tu.

Tapi,dah rezeki dia kot.. Malam tu husband kerja sampai malam. So,aku pun tak masak la untuk dinner. Sempat la time tu nak memasak puding.. Qaira pulak dah tido dalam pukul 830pm. Senang nak buat kerja. Hehee..

Dalam pukul 1030pm siap!

Ready untuk masuk peti.. Ekcelli,sos tu aku saje curah terus.. Hihi.. Malas nak bubuh banyak-banyak bekas..

Nampak tak mana puding aku buat.hehee..

Ramai puji sedap. Ehem..hihi

21 May 2014

Qaira at Pantai Balok

Assalamualaikum..

Lame perap entry! Sebenarnya macam takde idea nak taip sebab busy sesangat. :( takpe la. Hasilnya nanti amat manis.. Bak kata akak aku..

Hari tu pi kuantan. Singgah Balok sat.. Jejalan pantai..

Qaira & sepupu2nya.. Sweet sungguh!

Dorang tengah buat peace!! Hahaha.. Aku ni menari-nari suh dorang posing dengan jari aku tunjuk peace.

Cuna is the small one.. Dia dah pandai bergaya depan kamera. Walaupun she is small,tapi pangkat kakak kepada Qaira..

Fitra is the tall one! Haha. Tak lama gi nak sekolah. Pun terer posing. Besau dah kan..

Qaira?

Heh.. Gitu la. Ada kawan nampak ok ckit.. Kalau takde kawan, memang lekat dengan aku je..

So,itu kisah kami jalan-jalan sebelum abah Qaira mula sibuk dengan kerja baru.

Lapar pulak. Nak mamam ape ye??

14 May 2014

Qaira dengan portable swimming pool baru!

Assalamualaikum.

Hari tu, aku ada beli pool dengan kawan bloger ni jugak. Tapi blog dia dah bersawang dah. Heheee...

Balik kampung baru ni, baru la boleh main. Sebab umah kami kat Rawang ni, umah apartment. Tak boleh la nak bentang pool ni.. Hee.. Besar sangat. Jom tengok!

Qaira tengah tunggu tadah air.. Masa ni dia ok lagik.

Masuk je dalam tu nanges! Hadess.. Stress mama!

Ops. Nampak pulak punggung! Hee.. Bogel je anak dara aku.. Heehee.. :p

Lepas tu,angkat dia,pi mandikan dengan sabun. Bawak pi kenduri. Balik kenduri rendam lagi dia dalam pool tu.

Ok sekejap je Qaira kat dalam pool. Lepas tu nangis nak keluar pool.. Pagi ahad,abah Qaira lipat pool. Nak pi Kuantan pulak.

Sampai umah akak kat Kuantan,dia suruh bukak pool sebab anak dia suka air. Abah Qaira ni dah malas nak bukak dah sebab leceh masa nak buang angin. Tapi,sebab akak aku sian kat anak dia nak sangat main air, akak aku suruh tinggal je pool kat sana..

Lepas Qaira bangun tido, baru dia join sepupu dia yang tengah main pool tu.. Kali ni, main sampai tak nak keluar pool!


Tapi, dia dah syok sangat main air.. Sampai marah pulak kitorang suh dia kuar pool.haha..

9 May 2014

Word for Friday jumaat



Jom amalkan!

8 May 2014

Doakan kesihatannya. My Ellylicious..

Assalamualaikum..

Baru ni,anak buah aku cedera. Kaki patah.. Sian.. Dia tengah training netball untuk wakil daerah.

Entah macamne jatuh..

So,kene operate. Yang sadis, doc boleh pulak tolak tulang tapi tak cantum..

2x kene tolak tulang tu. Sakit kot. Kesian.. Sekarang dah selesai operate..

Mujur ramai kawan sayang..yang mendoakan kesihatannya. Korang memang sweet buat kad besar, hantar bear, choc!!


Sedikit sebanyak classmate dia mampu memberi senyuman dari pesakit ni.. Hilang sikit kesakitan...

Tengok baju dia. Focus baju ok.. Netball tak tinggal.. Masih sarung baju team tu..

Dia frust sangat. Sebab dia tak dapat wakil negeri Pahang untuk lumba lari. Terpaksa tarik diri.. Bila diri ditimpa musibah ni..

Semoga cepat sembuh. I/Allah minggu ni makcik balik Kuantan jumpa awak ye Elly..

7 May 2014

When Qaira Writing

Assalamualaikum...

Tajuk speaking english tawww.. Hehe... Mama Niza hantar gambar si Qaira mula nak menconteng...

Makanya,selepas ini tak boleh tinggal pen merata-rata..

Pada umur si kecil begini, boleh bagi dia belajar ape ye??? Share please!...

6 May 2014

Bertemu nenda Shaklee saya,Master Arni

Assalamualaikum...

Bebaru ni dengan nervousnye pergi ke rumah Master Arni. Dia leader Shaklee bagi group Genkimomma. Yezzz.. Momma only dalam tu..heh..

Besar sangat rumah Master aku ni.. Kawasan perumahan baru.. Sempat la aku dengan laki aku meninjau kawasan. Kalau mampu,teringin jugak memiliki umah begini. Siap ada laman..

Jumpa akak ni nak amik vitamin shaklee yang takde di pasaran je. Kat luar asik sold out jer. Mujur dia ada extra stok! Gigih datang Setia Alam.

Ada sape berminat nak buat side income dengan Shaklee macam saya? Cepat emel,saya akan bantu anda. Hehe.. Mungkin tak terus melompat ke atas,cuma mendapat income 3-4 angka sahaja.. Pun sudah alhamdulillah.. :)

Santai petang di Taman Layang-Layang,Kepong

Assalamualaikum...

Petang ahad bebaru ni, kami bawak Qaira Qaisara pi bersantai kat Taman Layang-layang. Yelah.. Lepas ni mungkin susah nak spend weekend together..

Keluar jugak peluh-peluh kat badan ni berlari-lari kejar anak.



Berpusing-pusing Qaira tengok layang-layang terbang kat langit..


Next time datang lagik,kene hangkut mainan Qaira bawak main kat padang. Haha..

Best!

4 May 2014

Short Trip to Cameron Highland

Assalamualaikum..


Last week, aku dan husband berjalan ke Cameron Highland. Just short trip jer.. Sebab hari Jumaat tu, dia cakap, "kemas beg,esok nak pi jalan" pada pukul 10 malam pulak tu. Haish.. Geram betul. Tapi dah masak dengan perangai dia yang tak suka plan awal-awal.. Semua nak on the spot!


So malam tu terus aku pack baju & iron baju kerja husband. Sebab dah tau, hari ahad nanti mesti sampai rumah tengah malam. Tak larat nak iron baju tetengah malam ahad nanti. Memang rela iron ari jumaat tu jugak! Walaupun kene tido lambat..heh.. Ni baru betul rasa macam mak yang solehah sangat..haha!


Sampai je kat Cameron ari sabtu, kami carik tempat check in. Kami check in di Heritage Hotel.. Malam tu just kuar gi lepak dinner dengan member sekolah yang kerja kat Cameron tu..

Boleh tahan best giler bilik tu.. View bukit hijau.. Ekceli our room tu rate RM471. Tapi nasib kami baik.. dapat banyak diskaun.. ;)

Posing sakan si anak dara ni kat balkoni bilik.si abah pulak,sampai meniarap nak rakam aksi Qaira. :)

Lepas breakfast, checkout..


Suka sangat tengok gambar di atas. Haha.. Rasa macam comel je. Kihkihkih. Jangan muntah darah okeee. .

Erm.. Tempat 1st kami pi kebun bunga.. Lavendar farm..

Ambik gambar je. Maleh nak tunjuk semua koleksi gambar,nanti korang nyampah.heh!

Next, kami pi tempat teh..

Tak dapat ambik gambar baring kat ladang teh. Sebab kami sampai je. Terus hujan.. So redo ambik gambar kat atas ladang teh je..

Pi shopping sat kat Kea Farm.. Lepas tu hajat nak pick strawbery. Tapi banyak yang tutup hari tu.. Sob sob sob.

Rest si Rajoo Strawbery Farm.. Makan eskem.

Banyak tempat tak sempat gi.. Tapi member kami tu usaha sedaya upaya bawak kami pi semua tempat walaupun sekejap! Sebab kami pun gi short trip. I/Allah,next time datang lagi.. Mungkin bawak adek Qaira masa tu. Eceh. Haha!


Ngantok gile type entry panjang!
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page