Pink Diamond

27 February 2014

Cendol durian special

Assalamualaikum..

Pepetang gini syok basahkan tekak dengan cendol kan.. Dekat kawasan rumah aku ni banyak gerai cendol..

Ni gerai paling dekat. Rupa macam hidup segan mati tak mahu... Kejap bukak kejap tutup..

Dah bukak,singgah ler. Memang konsep hutan belantara gerai ni.haha.

Order cendol.. Rasanya ok ok la. Rasa cendolll.. Haha

Tambah pulak mee udang..

Mee udang pulak... Bese je.. Aku suka lagi mee udang Kuala Selangor hari tu..

Komen, nak kate sedap sangat tidakle. Boleh la masuk tekak. Huhu...

Korang minum petang dah???
posted from Bloggeroid

20 February 2014

Qaira Qaisara sudah 1 tahun lah!

Assalamualaikum...

Hari selasa baru ni bersamaan 18hb Feb 2014, usia Qaira cukup 1 tahun... Alhamdulillah.. 1 tahun sudah bergelar Mama.. Aku masih teringat detik melahirkan Qaira.. Walaupun setengah jam je kat labour room.. Tapi.. Tak tau nak cakap macamne. Detik kelahiran si comel ke dunia.. Rasa macam ternampak-nampak lagi katil aku dikelilingi nurse,doc & suami..

Rasa macam baru je lagik kejadian tu. Tapi dah pun setahun berlalu.. Alhamdulillah Qaira baik-baik aje.. Hari isnin keluar dari perut,selasa tu dah balik umah nenek... Tetiba touching. Lagi touching bila munnafendy touching.. Wei.. Np ko touching munn?? Haha!

Qaira pun dah semakin bijak. Bijak memilih. Haaa.. Bukan semua orang dia nak weiii...

Bila nangis,jelas sangat sebutan 'mamamama!'

Semalam,aku dan husband cuti.. Celeb birthday la kunun. Hihi.. Gi beli kek kat secret recipe.. Lepas tu makan kat pizza hut.. No outside food allowed??? Hurm.. Dorang tengok je muka Qaira, terus outside food is allowed..kikikih...

Aku tak beli la kek besar.. 1 slice je untuk si kecik. Tu pun mak pak dia yang pulun perabih kek.hihi..

Lepas tu, makan pizza..

Pizza ni abah Qaira yang nak. Memang tiap kali feeling nak makan, dia nak pizza.. Lepas kabinet dapur baru aku siap, nak try buat home made pizza plak! Korang doakan aku berjaya buat pizza sendiri ok!

Abah suap pizza kat birthday gurl.. Sampai tersandar si kecik kekenyangan..

Alhamdulillah.. Kenyang.. Buat makan kecil-kecilan je..

Lepas tu,setel hal yang patut.. Dan beli barang hiasan rumah.. Aku pilih ayat 4 Kul untuk hiasan dinding.. Harga? RM250.. Berbaloi atau tidak?? Tunggu next entry ok..

Nak gi memasak jap. Qaira baru tido.. Pengasuh dia demam panas.. Aku la kene cuti hari ni. Semalam dah cuti.. Hari ni emergency leave pulak..

Korang cuci-cuci mata kat blog ni dulu k!

Korang makan pe lunch tadi?
posted from Bloggeroid

14 February 2014

Alkisah Qaira dengan mama baru..

Assalamualaikum...

Saja nak buat diari kecik Qaira ari ni. Hehe.. Lama dah tak enterframe anak aku kan??

Minggu ni minggu pertama Qaira dengan pengasuh baru, Mama Niza. Pengasuh baru kat area umah baru aku.. Tak dapat nak tunggu kawan husband yang janji nak jaga Qaira tu.. Sebab dorang tak pindah sini lagi.

Hari pertama Qaira.. Menanges la. Gile tak nanges.. Sedih aku ni.. Pukul 11am aku datang umah Mama Niza.. Hantar susu baru pam..

Qaira nampak je aku terus senyum. Terus mintak nenen.. Kata Mama Niza, Qaira tak nak susu.. Tak nak makan.. Aish.. Pelik je. Qaira pun tak nak duduk bawak bawah. Nak masuk buai je.. Ngajuk betul tu..

Mama Niza dok hantar gambar Qaira.. Tido dalam buai.. Aku sabarkan je diri aku.. Sebab Qaira baru nak sesuaikan diri...

Hari kedua pun aku datang tengahari.. Terus bagi Qaira directfeed.. Sian. Masih tak nak makan minum. Tak pernah rekod lagi dia minum susu sebotol sehari.. Adusss. Tapi bile balik je umah, aku suapkan makanan laju je makan.. Sampai penuh mulut..

Dia nyusu pun lama...lapar sangat.. Tengok beg bekal,nasik tak luak,roti tuna aku buat tak luak. Hurm...

Kata Mama Niza, bila tengahari Qaira mesti tengok pintu. Tunggu aku datang tengok kot.. Tapi,aku dah skip datang tengahari.. Sebab kene gi site visit..

Hari ke3, Qaira dah mula main..

Aku pun dah lega.. Aku datang jugak tengahari buat spotcheck.. Balik je dari site aku singgah jap.. Qaira tido.. Semalam pun macam tu.. Tido jugak..

Tapi,kata Mama Niza Qaira sekarang dak main-main.. Takde la berkurung dalam buai je..

Bila tengahari pun dia dah takde tengok-tengok pintu.. Sebab aku dah skip datang tengahari.. Kalau datang pun dia tido dah...

Lega sikit rasa..

Hari ni aku tak tengok pun.. Sebab gi site visit rumah mesra rakyat kat Parit Mahang!

Petang nanti baru amik Qaira.. Dalam pukul 6pm aku amik. Sebab Mama Niza ni,suruh aku balik,mandi solat baru datang amik Qaira..

Hari-hari tak sabar jumpa anak walaupun selalu buat aku jadi tarzan. Korang acane???

*sape nak jadi agent cheese kek meleleh di sekitar Lembah Klang boleh emel detail ok!
posted from Bloggeroid

Rezeki tengah-tengah bulan!bonus Shaklee!Income Nuffnang!

Wah.. hari ni hari gembira di tengah bulan...hehe..kenapa??? tetiba rasa macam rezeki mencurah-curah la pulek di tengah-tengah bulan ini...hekhek....


Mood nak update blog macam ke laut sikit.. sebab dah rasa macam kekeringan idea... Tapi, hari ni tengok Nuffnang ada bagi 1 buffered earning pulak.. ish...ngigau ke hape depa ni... Tapi dengan hadiah buffered earning tu di tengah bulan ni, terasa semangat yang hilang telah pun kembali..eceh!
Nampak tak?dulu kencang je buffered earning datang.. ni hampir sebulan baru datang semula!! Saje je tau depa ni.. menguji kesibukan aku sekarang..huhu.. btw thanx Nuffnang dan reader semua.. hurm. ayat macam bloger glemer kan? kikiki...

Rezeki lain?? Bonus Shaklee masuk hari ini! yeay!
Sebenarnya, bukan nak menunjuk..hanya nak share... kalau korang rajin update blog, rezeki dari nuffnang mencurah-curah.. kalau korang rajin bisness Shaklee, korang dapat bonus.. Jadi kalau nak buat side income dengan shaklee, boleh la contact aku ok..haha!

Kenapa aku suka bisness Shaklee ni? Ekcelli, dengan Shaklee, aku tak de la kelam kabut nak gi pejabat pos ke, stokis ke.. Semuanya di hujung jari.. Yang penting, share je kebaikan product. so far,customer-customer aku memang datang repeat order lepas tengok keberkesanannya.. alhamdulillah. dengan izin dari Allah, dan usaha kita sendiri, suppliment yang di makan member kesan yang positif.. Sesuai sangat untuk momy-mommy yang duduk kat umah.. jaga anak..tak sempat nak kuar rumah.. This is the best online business for you!

Aku rasa aura positif menular dalam diri...ahahaha... 

Kalau berminat, jom la join aku.. emel ok..aku reply sepantas kilat! 

11 February 2014

Cheese kek meleleh in da house!! Agent diperlukan!

Assalamualaikum..

Hai hai.. Lama tak up entry.. Sebok sikit lately.. Qaira dah aktif sangat merayap. So kene keep on lebih sikit.. Keep on pun kadang tu dia tergolek jugak.. Budak tengah melasak.. Suka duduk balik langsir. Cak bah dengan mama dia. ;)

Ok. Merujuk kepada tajuk entry di atas.. Yaaaa.. Sekarang saya merupakan stokis untuk cheese kek meleleh sekitar KL, Rawang, Sungai Buloh..


Kek ni memang sedap meleleh leleh.. Ramai yang still order every week.. Harga? Pasti termurah....ikut size..

Sekarang ni, sedang mencari agent-agent untuk menjual kek ni di kawasan anda.. Di opis anda...

Sesiapa yang berminat, boleh la emel kan kepada saya apa-apa pertanyaan lanjut berkenaan agent cheese kek meleleh ni..

Ni emel okei mayzura@ymail.com

Cepat-cepat jom buat side income sekarang!!

posted from Bloggeroid

4 February 2014

Jalan-jalan cari makan di Villa Seafood

Assalamualaikum...

Officially dah duduk umah baru 4 hari.. Rumah belum complete sepenuhnya. Masih lagi mengemas. Dengan Qaira tak nak berenggang dari aku,tak tau lagi berapa tahun baru siap kemas. Pfft.~

Kitchen Cabinet tak siap lagi.. Sinki pun tak pasang lagi. Jadi,no cooking-cooking for a while.

Makan kat luar je.. Kedai makan berdekatan perumahan akan dicuba mengikut giliran. Eceh. Haha!

Malam tadi makan kat Villa Seafood. Bukan Villa Nabila k!

Aku order nasik putih dengan daging paprik.. Husband makan nasik goreng kampung dengan telur dadar.

Sedap jugak..

Untuk 2 orang makan, RM13 include air.. Hoho..

Tu je menunya.. Malam ni try kedai lain dan menu lain.

Korang ada nak suggest kedai best & menarik di area Kuang,Selangor ni??share ye kalau ada.

posted from Bloggeroid

3 February 2014

Missi mengemas!

Assalamualaikum.

Biarla gambar berbicara. Eceh!





Okbai

posted from Bloggeroid

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page