Daisypath Anniversary tickers

20 February 2014

Qaira Qaisara sudah 1 tahun lah!

Assalamualaikum...

Hari selasa baru ni bersamaan 18hb Feb 2014, usia Qaira cukup 1 tahun... Alhamdulillah.. 1 tahun sudah bergelar Mama.. Aku masih teringat detik melahirkan Qaira.. Walaupun setengah jam je kat labour room.. Tapi.. Tak tau nak cakap macamne. Detik kelahiran si comel ke dunia.. Rasa macam ternampak-nampak lagi katil aku dikelilingi nurse,doc & suami..

Rasa macam baru je lagik kejadian tu. Tapi dah pun setahun berlalu.. Alhamdulillah Qaira baik-baik aje.. Hari isnin keluar dari perut,selasa tu dah balik umah nenek... Tetiba touching. Lagi touching bila munnafendy touching.. Wei.. Np ko touching munn?? Haha!

Qaira pun dah semakin bijak. Bijak memilih. Haaa.. Bukan semua orang dia nak weiii...

Bila nangis,jelas sangat sebutan 'mamamama!'

Semalam,aku dan husband cuti.. Celeb birthday la kunun. Hihi.. Gi beli kek kat secret recipe.. Lepas tu makan kat pizza hut.. No outside food allowed??? Hurm.. Dorang tengok je muka Qaira, terus outside food is allowed..kikikih...

Aku tak beli la kek besar.. 1 slice je untuk si kecik. Tu pun mak pak dia yang pulun perabih kek.hihi..

Lepas tu, makan pizza..

Pizza ni abah Qaira yang nak. Memang tiap kali feeling nak makan, dia nak pizza.. Lepas kabinet dapur baru aku siap, nak try buat home made pizza plak! Korang doakan aku berjaya buat pizza sendiri ok!

Abah suap pizza kat birthday gurl.. Sampai tersandar si kecik kekenyangan..

Alhamdulillah.. Kenyang.. Buat makan kecil-kecilan je..

Lepas tu,setel hal yang patut.. Dan beli barang hiasan rumah.. Aku pilih ayat 4 Kul untuk hiasan dinding.. Harga? RM250.. Berbaloi atau tidak?? Tunggu next entry ok..

Nak gi memasak jap. Qaira baru tido.. Pengasuh dia demam panas.. Aku la kene cuti hari ni. Semalam dah cuti.. Hari ni emergency leave pulak..

Korang cuci-cuci mata kat blog ni dulu k!

Korang makan pe lunch tadi?
posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. May..gambar kalau bagi besaar sikit lagi cantik..bagi penuh postu.klik kat gambar pilih x-large.lepas tu klik kat html dan ubah width dia supaya jadi muat post.paling cantik 550.lepas tu klik kat compose.try la.baru jelas muka Qaira..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum may....hepi besday Qaira...:)

    ReplyDelete
  3. happy bufday qaira..dh setahun pun..terus membesar sbg anak yg hebat utk mama dan papa

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page