31 December 2013

Dokumen yang perlu untuk pengeluaran KWSP

Assalamualaikum..

Susah ke senang nak keluar duit kwsp acc 2???

Susah kalau ko ngengade nak kuarkan duit tanpa sebab yang kukuh. Senang kalau kita nak guna duit kwsp je jalan yang benaaaaarrrrrr.. Haha

Hari ni aku amik cuti sebab nak setel pengeluaran KWSP kami untuk urusan pembayaran baki 10% bagi pembelian rumah kami.... Kami pegi KWSP di Shamelin,Cheras.. Masa sampai tu tak ramai orang. Aku siap g q 3x.. Hahaa. Amik borang, cek borang, amik no giliran.

Masa gi sana, segala mak nenek dokumen kami bawak.. Sebab takut dokumen tertinggal.. Susah. Rupa-rupanya untuk pembelian rumah direct dengan pemaju, hanya bawak:
-SNP original & copy
-surat tawaran pinjaman dari Bank original & copy

Lepas tu pegawai KWSP semak balik, buat pengiraan berapa jumlah yang boleh dikeluarkan.. Dan dia keluarkan penyata terkini KWSP kita.

Lepas tu tenyeh la kau berape hibu hengget ko nak keluarkan..

Lepas tu,setel. Tunggu SMS dari KWSP menyatakan duit dah masuk dalam akaun bank anda dalam tempoh 2 minggu.

Yippi.. Makcik koya.... Eh.. Silap.. Makcik kayoooo..

posted from Bloggeroid

28 December 2013

Qaira pegi wedding ari ni

Assalamualaikum...

Hari ni buat sarapan jemput-jemput lemak manis je. Lepas tu gi makan kenduri. Kat Kg.Cheras Baru..

Sempat syok sendiri bergambar dengan Qaira dalam kereta.. ;p

Tengah tunggu pengantin pun bergambar g.. Lepas tu baru masuk dewan.. Ops.. Stop lagik bergambar.

Baru jumpa pengantin..

Okei.tengok pengantin rasa mcm nak didandan jugak dan nak bergambar sakan...

Arghh.. Hahaa.. Ok.. Tengah imagine Qaira pakai gaun.

posted from Bloggeroid

24 December 2013

Ikan naik ke darat di Lahad Datu

Assalamualaikum...

Ngeri-ngeri.. Dapat wasap dari member yang pernah duduk di Lahad Datu..

Ikan dah mula naik ke darat..

Oh.. Ngeri sangat... Sebab masa kejadian tsunami dulu, dia kat sana.. Dan kejadian ikan ni dah pernah berlaku..

Adakah tsunami akan melanda lagi..

Janganlah ke laut..

Semakin banyak petanda dariNya... :'(

posted from Bloggeroid

21 December 2013

Happy saturday alls.

Assalamualaikum...

Aktiviti hari ni.. Cuci kain sebakul. Lipat kain sebakul.. Iron baju sebakul.. Gituuu...

Tinggal berdua dengan Qaira.. Baru je tido si kecik ni..

Boleh la baca buku..

I/Allah.. Semoga rezeki murah.. Dengan biz kecil-kecilan Shaklee aku ni..

Aminn..

posted from Bloggeroid

17 December 2013

Double buy milk storage plastic!

Assalamualaikum..

Ehem3.. Sedar atau tidak, sudah 10 bulan Qaira directfeed..

Sedar tidak sedar, semalam plastik storage susu tinggal selai. Ohooiii..

Ari ni aku ajak budak opis aku gi Manjaku.. Beli plastik storage autumnz.. Aku beli 2 box lagi..

Lepas tu, bila balik umah tengok abah Qaira pun beli 2 box..

Alamak!!!. Dah terbanyak pulak..huhu..

Tu ler kalau beli tak kecek ke bini.. Huhu.. Lame la stok ni...hihiihi.. Dah laki bini beli 2 box sorang...

posted from Bloggeroid

Qaira ada gigi.. Yippi

Assalamualaikum...

Esok Qaira genap 10 bulan... Alhamdulillah..

Masih breastfeed.. Alhamdulillah..

Dah tumbuh gigi.. Jarang dia gigit bila dah ada gigi ni.. Tapi, kalau datang mood noti dia , selamber je gigit masa dia isap.. Then dia lepas bila aku jerit. Dia tengok aku sambil sengeh.. (Y_Y)

Herot-herot mulut kene tarik dengan abah nak tengok gigi punye pasal..

Qaira pun hepi-hepi jer..

Sakan main guling-guling atas katil..

Ada berus gigi untuk baby 10 bulan ke?

posted from Bloggeroid

16 December 2013

Keletah si kecil pengubat rindu

Assalamualaikum..

Rindu Qaira.. Lately ni memang nak berkepit dengan aku je.. *_*

Dapat duduk kat riba pun jadi dah..

Yang peningnya,aku lah.. Mana nak buat kerja rumah.. Nak packing barang order customer shaklee... Nak consult soalan-soalan dari customer.. Semua kene curik masa..

Elok sangat nak panjat aku.. Sejak pandai sangat berjalan sendiri dari kerusi ke meja,meja komputer abah dia pun dah pandai panjat sendiri..(+_+)

Sebab terlalu terer memanjat, katil pun abah Qaira dah bukak.. Lagipun nak pindah umah kan. Takpela bukak katil.. Tinggal tilam je..

Makin laju Qaira turun naik tilam.. Makin hebat pulak.. Tangan dulu kat lantai.. Lepas tu baru turun kaki..

Haa.. Bile aku susun stok dia sebok sekali.. Bergoling-goling botol shaklee.. Aku susun,dia robohkan..

Eh... Dah lunch hour. Jom makan!!

posted from Bloggeroid

14 December 2013

Kawasan yang terlibat masalah gangguan air bermula 17hb disember

Assalamualaikum..

KUALA LUMPUR - Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini berkata, gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Disember manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Disember (Ahad).

Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.

Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan.

"Pihak Syabas menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya,” katanya.

Syabas turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan.

Sebagai langkah persediaan awal, pihak Syabas telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam.

Para pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air:

WILAYAH KUALA LUMPUR:

1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.

Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta.

4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris.

5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato’ Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul.

6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki.

7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato’ Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.

9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.

10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato’ Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa) 11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.

12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.

13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah.

14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.

WILAYAH GOMBAK:

Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3.

WILAYAH PETALING:

Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52; Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya.

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM:

Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang. - Bernama

posted from Bloggeroid

Pasang cornice & dome pulak untuk rumah baru..

Assalamualaikum.

Lokasi hari ni,di my home sweet home..datang menjengah tukang umah.. Nak tengok tengah buat ape..

Cerita pasal my home sweet home sebelum ni boleh tengok kat link sebelah ni.. MY SWEET HOME PART 1..

Hari ni dorang dah siap pasang lampu & kipas.. Petang semalam dah pasang dome..

So hari ni kerja-kerja pasang cornice pulak..

Cornice tu ape?? Cornice tu yang pasang kat siling nun...

Ni contoh design-design.. Kami guna design yang simpel je.. Bentuk 's'.

Yang kat kipas tu namanye dome.. Tak sure spelling betul tak ni..haha.. Dorang sebut, dom dom..haha

Contoh design dome tu..

Umah kami guna design cp78..

Untuk ruang tamu pakai 2 pcs dome..

Harga??

Untuk cornice keliling ruang tamu dan dome sekali dengan upah rm700..

Guna orang yang sama buat wyring tu..

Okei. Sekarang aku dah duduk bawah kawasan rumah. Laki aku kat atas lagi. Aku rasa dia pun tengah bekerjasama dengan tukang kat umah tu.. Tak larat aku nak dokong Qaira lelama kat atas dengan habuk-habuk tu..

Korang buat ape petang-petang gini?
posted from Bloggeroid

12 December 2013

Survey kabinet/lampu untuk my home sweet home!!

Assalamualaikum...

Dalam entry sebelum ni,aku ada bagi hint pasal mencari kabinet untuk rumah baru. Memang eksaited giler wey nak masuk umah sendiri.. Lagi eksaited dari cite kawen dulu.. Hahaa.

Ok.. Untuk yang tertinggal bas, aku sudah pun transfer ke cawangan Selangor. Opis cawangan terletak di Kuang. Dekat Sg. Buloh nun.. Aku beli rumah pun area sana je.. Takpe la terpaksa dok jauh dari bandar metropolitan pun..

Status terkini,loan dah approved, snp dah settle.. Yippii.. Kunci rumah pun dah dapat. Aku tengah panggil kontraktor repair deffect rumah dulu. Sebab ni rumah baru belum ada orang tinggal.

Untuk rumah baru, sebelum masuk je dah lebur lebih kurang rm1000. Huhu.. Rm1000 tu adalah bayaran untuk masuk meter air, meter elektrik, maintainance rumah 4 bulan, kad access gate.. So,kami dapat 1 parking untuk kereta..

So,part tu dah setel..now sedang survey kabinet dapo.. Survey kat Ikea, kat google, kat facebook.

Ni antara yang terbekenan masa kat Ikea..


Boleh pusing-pusing gitu..

Survey-survey je dulu okei.. Lepas tu baru tengok kemampuan kewangan..hihi..

Last week, kami gi kedai lampu.. Survey-survey sebab masa dalam grup deco-deco ada terbace status seseorang yang bagitau lampu kat lighting house puchong murah gile. So,kebetulan last week kawan husband tak jadi jumpa last minit, dan kebetulan (banyak kebetulan ni)ternampak kedai ni masa dalam perjalanan ke Puchong,terus kami singgah..

Masuk dalam tu tengok penuh umat manusia!! Macam ikan sardin!Harga boleh tahan murah..



Kami tengok-tengok je last week.. Kira-kira bajet...

Lepas tu aku setelkan urusan hal nak maduk meter TNB, dan aku dapat kontraktor yang boleh buat wiring umah tu dengan harga mampu milik. Sebab kami nak tambah banyak point kipas, lampu n blablabla.... Sebab kalau boleh nak setel terus.. So,dia promise masuk keje by 12.12.13.. So,tanggal 11.12.13 gigih kami gi beli lampu kipas hantar kat umah baru. Sebab nak senangkan kontraktor buat keje..

Tu dia.. Selambak sekali beli.. Macam beli longgok.. Total kipas lampu tu kurang sikit je genap rm1,600..

Mahal??? Husband nak semua bilik ada kipas siling.. Jadi,kami beli 3 kipas biasa jenama KDK dengan harga rm132/set.. Untuk ruang tamu,kami decide 2 kipas.. Untuk ruang tamu letak kipas santik sikit la.. Lupe pulak berapa hengget per set..lebih kurang rm262 kot.. Yang lain tu lampu bilik air(ada 2 toilet), lampu ruang tamu,lampu tido,dining,balkoni,dapur,laundry part.. Mentol harge berasingan k.. ;)

So,lepas beli bebarang tu , terus pi hantar kat rumah kami.. Tengok-tengok grill dah siap pasang...



Alhamdulillah.. Dipermudahkan olehNya urusan kami.. Cepat orang tu datang buat keje. So, rumah lebih safety.. Kontraktor wiring pun dah mula buat keje walhal deposit belum bayar lagi!

Terus aku buat pembayaran grill sebab perjanjian aku, siap grill, bayar terus bakinya.. Untuk grill totally rm1,600. Semua siap untuk tingkap,pintu..

Tu je dulu entry pasal umah.. Nanti sambung lagi..

Amaran keras! Aku sebut harga dalam entry ni bukan untuk 'show off' ok.. Ini hanya info yang mungkin berguna kalau ada sesape yang tengah blurrr pasal bajet nak masuk umah baru.. Sebab,aku dan husband banyak dapat maklumat melalui google. Jadi, boleh buat bajet dulu kan.. Tu je.

Nanti nak cite pasal pertemuan kami dengan perekabentuk kabinet.. Kelass gitu.. Jumpa pereka.. Hikhikhik...

Korang bekpes pe di pagi kames yang indah ini?? *tetiba*

posted from Bloggeroid

10 December 2013

wajah baru blog design by Kina

korang tengok dah wajah baru blog aku ni kan... ahaaa.comeyyy tak???? 


sebabkan dah boring tengok gambarajah blog aku yang sama je, tu tercetus idea nak salin wajah blog ni... tapi, aku ni idok le pandai sangat nak mengmakeoverkan blog ni.... tak kreatif...


So, aku mintak tolong adek blogger ni buatkan.. Kina namanye... 
upah yang dia hamek pun murah-murah je nokss.. Mampu milik... hihiiii.... Lepasla untuk dia belanja kat UITM nun. Ni kali kedua dia edit blog aku.. Dulu dia sponser header blog... Sekarang dah dapat ramai customer, mestila ada charge pulak


Adik Kina ni student lagi... Pandaikan cari extra money dengan edit-edit blog??


Kalau nak jugak, gi la jenguk blog Kina..


Thank you Kina.. ;)

PWTC : Bekerja sambil jumpa artis!

Assalamualaikum...

Cerita bekerja di hujung minggu.. 1st time ni kerja hari sabtu dari lepas detik Qaira melihat dunia. Berat betul rasanya tapi terpaksa dilalui.. Ecewah...

Hari sabtu,datang pwtc bawak anak dengan abahnye sekali..hahamekaw.. Pakej bercuti keluarga ke kuar keje..kannnn....

Qaira duduk kat dalam stroller sampai tido.cian anak mama..



Budak-budak opis semua geram je dengan budak kenit ni..

Bila Qaira bangun,terus bagi breastfeed. Kemudian bawak pusing-pusing.. Nampak booth Tabung Haji, terus singgah untuk bukak acc Qaira... Serta acc mama & abah.. Hihihi.. Dah tetua baru bukak acc!! Atoiiyaaiii...

Lepas tu aku masuk balik booth spnb. Tengok depa dok kemas-kemas barang sikit-sikit.. Selagi tak kemas, orang datang tak benti-benti kan..

Elok sangat la tutup kedai awal-awal.. Hihihiii..

Artis pun ada datang kat pameran ni tau... Haa.. Mak enterperem giler noks!!


Qaira pulak pelik tengok patung bergerak..huhuu..

Lepas habis sesi enterperem diri sendiri, gi Ikea tengok barang umah baru..

Yeay.. Eksaited ni.. Duit nye lagi double eksaited nak keluar poket.. Hohoho...

Nanti la aku cite pasal umah okei...

Entry panjang ni bersempena MC sebab aku demam bahang bekerja di hari sabtu.. Heh...

posted from Bloggeroid

5 December 2013

Blog under renovation

Assalamualaikum..

Ting ting ting!!

Sorry.

Blog ini dalam proses penambahbaikan untuk menyejukkan mata yang datang menjenguk..

Harap maaf di atas sebarang kesulitan.

posted from Bloggeroid

Marmet saat genting : PWTC

Assalamualaikum..

Semalam aku kene ada di PWTC. Pameran perumahan.. Seawal pagi udah terpacak di sana.

Sempat bergambar dengan orang emas kat booth sebelah spnb.

Seronok tu seronok. Tapi tragedi.. Bila pi surau nak pam, bukak beg takde kedua corong & connector. Okkk..owwww...

Nak marmet malu..

Pukul 3 pm dah rasa sakit ni.. Kesian kat Qaira..

Pukul 4pm cabut dari pameran tu.. Gi l.r.t balik umah..

Amik Qaira.. Bagi dia kenyang.. Baru marmet..

Dapat setengah botol je.. Ikutkan boleh lagi nak marmet.. Tapi,dah lenguh-lenguh tengkuk.. Tarik Qaira...

Bagi nenen lagi.. Heheheeee

Psst! Sape tak tau apa itu marmet.. Meh hakak sekolahkan..

:p

posted from Bloggeroid

Macam kene ngorat je.. Macam kene je..

Assalamualaikum...

Hari ni gi keje naik ketapi lagi.. Untuk kali kedua sebab semalam bertugas kat PWTC. Cik abang hantar je..

Masa hari 1st naik ketapi, aku banyak bertanya kat staff KTM tu.. Sampai staff tu dah ingat sangat muka aku.. Hari ni staff tu datang borak dengan aku.

Soalan biasa la.. Macam selalu sangat kene ngorat kennnn.. Hahaaa

Keje mana? Ada jawatan kosong? Macamne nak mintak keje? Ada biz kad??

Ehem.. Tett.. Aku cakap takde.. Sebenarnya aku memang tak pernah apply biz kad pun dari company. Malas. Hoho..

Sambung gi soklan kat aku.. Blablablaaa.. Malas nak taip. Last sekali ada soklan 'dah berumah tangga?'

Dengan kembang idung aku cakap dah kawen.. Anak sorang.. Kekeeeekkkkkeee...

Ketapi pun sampai.. Ok bye. ;p

posted from Bloggeroid

4 December 2013

Kuantan banjir teruk!!

Assalamualaikum..

Ramai kengkawan update pasal banjir. Akak aku pun mangsa..

Selalu tu memang Kuantan banjir. Tapi rumah akak aku tak pernah kene. Tahun ni kene. Erm..means memang teruk lah kan..

Habisla kabinet dapur..hurm...

Boleh pulak si debob ni seronok main air..haiyoo..budak-budak..

Ni pulak area depan Megamall Kuantan.. Sape pernah pi Megamall???

Ada sesetengah kawasan tinggal bumbung je..

Hurm.. Jambatan di jalan utama dari Muadzam ke Chini runtuh..

Semoga mereka di sana selamat hendaknya..

posted from Bloggeroid

3 December 2013

Pegi koje naik ketapi pulak

Assalamualaikum...

Hari ni SPNB ada buat pameran kat PWTC.. Stret sampai sabtu...

So,semua staff cawangan kene involve. Budak yang selalu gi keje dengan aku tu terlibat untuk ari ni.. So,aku patah kaki nak gi keje...

Alternatif lain tanpe perlu susahkan orang lain adalah dengan naik ketapi KTM kat stesen Putra..

First time ni aku naik KTM.. Huhu... Selalu naik LRT, KOMUTER je.. Dalam KL je ken...huhu..

Hari ni aku reload touch n go yang dah lama terperap dalam beg.

Mujur tak buang u olsss.. Aku plan nak buang je sebab dah macam-macam kad dalam beg..

Pukul 8am aku naik KTM. RM2.30 je.. Turun kat stesen Kuang... Pukul 820am dah sampai Kuang!!

Ku sangkakan taxi berbaris tunggu orang macam kat KL! Rupenye tidak.huhu.. Secara kebetulan je ada taxi masuk hantar passanger.. Nasib aku baik.. Terus masuk teksi mintak hantar gi Tasik Biru..

Sampai opis pukul 845am sudaaaa..

*macam best je naik KTM!! Laju dan lengang. Sebab aku gi keje melawan arus kesesakan kota!

posted from Bloggeroid

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page