31 May 2012

Testimoni Pengguna Foot Detox

Dah lama rasanye tak update entry...walaupun banyak entry yang korang tengok kuar tiap-tiap hari, itu adalah entry COPY PASTE di mana aku tersangat la sibuk sampai tak sempat nak pikir ayat ape nak di taip untuk entry...memang very buzy..weekend kene keje...weekday pulak balik malam..pfft...fenattt.... =__=

Dalam beberapa malam aku kat opis minggu ni, mesti ada terkebetulan je mak & ibu mertua ku call..dan memang macam kebetulan pulak, time kedua-duanye call, aku kat surau...bila di tanye aku di mana?jawapannye..."Kat opis lagi ni ha....baru nak balik umah.."

Jawapan mereka pulak.. "Ha?tak balik lagi?dah malam ni.."

Aku gelak-gelak je..dalam hati aku terdetik...mesti ibu mertua kata.. "ape la anak aku nak makan kat umah dah bininye berkampung kat opis je.."

mak aku pulak kata, "tak masak ke?dah penat-penat tu.."

* * * * * *

Lupekan sebentar kisah kesibukan aku di pejabat...ni haa..nak cite pasal testimoni dari kawan bloger yang dah beli foot detox dari aku...hehe...


Tu testi dari Dhiera..bakal pengantin tau..die try amik banyak jugak la..tq Dhiera for sharing ye..rajin sangat beremel-emel dengan aku...

Ekcelli, ade lagi testimoni mereka yang dah guna foot detox ni..cumenye, mereka tak emel kat aku..so tak boleh nak printscreen..setakat ni memang kebanyakan mereka berpuas hati bile gune foot detox ni...

Hehe..anda pula?bila mau mencuba?wah..dah macam iklan tv pulak!emel je okei.. =)

Kucing Sengal..




30 May 2012

Scandal Dengan Sepupu

Zack dan Mira sepupu. Tiap-tiap kali kat kampung diorg akan kongsi satu bilik. Masa tu malam raya.

Zack: Mira!

Mira: Nape Zack?

Zack: Ikut aku kat bilik tidur jap!

Mira: Jangan tarik!

Dalam bilik......

Zack: Kau tahu tak aku ni seorg lelaki yg pantang kalau tak dapat apa yg dia nak selama ni.......

Mira: Huh?

Zack: Dah tak tahan dah Mira! Cepat tanggalkan kain kau tu sekarang jugak!

Mira: Ape ni Zack??!!

Zack: Setelah sekian lama aku berkongsi bilik ngan kau Mira........ aku betul-betul dah tak tahan dah ni Mira! tanggalkan cepat!

Mira: Zack nanananti dulu.....Mira....

Zack: No excuse! tanggalkan skang! kau nak aku guna kekerasan???!

Mira: Jajajangan buat perangai camni Zack....Mira takut....... esokkan dah raya..... baru habis sebulan berpuasa....

Zack: Pasal esok nak raya lah aku suruh kau tanggalkan kain langsir kau ni!! Tiap2 tahun mesti guna kain langsir kau utk bilik ni! Aku tak kira tahun ni kain langsir aku pulak!

Mira: ce.....la.....ka.......

Cucuk dan Mencucuk!

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan

"Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit.

Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan.

"Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?"

Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.

29 May 2012

PC Terbaik Abad Ni...

Datuk Kau Yang Kuat!

Tiga budak tadika bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.



khairul azman : "Datuk aku kuat.... Kalau bertanding silat, tak pernah kalah."

mohd aizan : "Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk."

khairul azman : "Datuk kau kuat tak, abdul hadi?"

abdul hadi : "Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi."

khairul azman dan mohd aizan : "Ye laaa.... kuatnya datuk kau."

28 May 2012

Menantu Bill Gates

Bapa: Ayah mahu kahwinkan awak dengan gadis pilihan ayah
Anak: Tapi ayah saya sudah ada pilihan saya sendiri
Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates
Anak: oo kalau camtu oklah!

Kemudian bapanya berjumpa Bill gates

Bapa: Saya ada calon suami untuk anak gadis anda
Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin
Bapa: Tapi anak muda ni bakal Vice president Bank Dunia
Bill Gates: oo kalau camtu oklah!

Akhirnya Bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia

Bapa: Saya ada calon untuk Vice President Bank Dunia
Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President
Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates
Presiden Bank Dunia: oo kalau camtu oklah!
Hoho, This is how business is done!!

Handsfree Latest!

Dapatkan sekarang!
 

27 May 2012

Baru nak lunch!

Pfftt..ari ni merajinkan diri buat coklat with almond..rajin tol aku hari ni..hihi..





Lupe nak ambik gambor sebelum masuk balang...

Ekceli,ari tu pegi umah my sis in law..kakak ada buat coklat ni..then, kakak ajar la aku buat sebab so easy kan...hihi..so,hari ni baru sempat nak buat..hihi..

So,nanti incik suami balik dari shoot gambar pengantin,dah ada kudap-kudapan baru.hihi..

Now nak makan..punye semangat buat coklat almond,sampai tak lunch!

Masak mee goreng basah je..bye!
posted from Bloggeroid

Stem tenunan serta kad kawen

Gud morning sunday!!!hihi..ni bukan entry baru bangun tdo yer..tapi dah balik shopping barang sikit kat tesco tadi.

Balik je dari Tesco,terus balik umah..tengok peti surat ada jemputan walimatul urus dari Munn & Fendi..macam yang die war-warkan dalam entry die sebelum ni,die beli setem tenunan.lain dari stem biasa..

Aku plan nak g knduri belah laki..sebab belah Munn jauh sgt kat Peghak nun...

Tapi,bile tengok kad jmputan tadi,rasanye macam tak blh g jugak la Munn..sob3..

23~24hb aku kat Cherating...sori ye Munn..nanti aku 'transfer' kan adiah la ye??
posted from Bloggeroid

25 May 2012

Tazkirah : Hantaran Al-Quran


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Setelah di tag oleh bloger meletop siezuka dan sekaligus telah memaksa rela aku join segmen nih.. muahaha..suke ati je panggil aii tukang masak????Grrr..~

.mujur awal pagi ni aiii free okei..sempat join..selalunye orang tag-tag memang tak sempat nak join....

Korang nak join?syarat-syaratnye adalah seperti berikut...
1. Mestilah seorang blogger.
2. Follow blog Chegu Along. (wajib)
3. Klik like pada page Chegu Along. (tak wajib)
4. Pastikan tajuk entri : Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along.
5. Copy banner kat atas tu :  "Saya Blogger Hot" dan paste dalam entri anda.
6. Paksa 3 kawan anda join segmen ni. 
7. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen di bawah. (ruang lain, batal penyertaan. hahaha *kejam!*)
 
Cukup syarat tak?kalau cukup, boleh join..so, nak tag kat 3 orang bloger yang sangat sporting..korang bertiga wajib join tau! selain dari mereka bertiga pun boleh join jugak...open untuk korang yang bace entry ni jugak...wokei?lagi ramai join, lagi bagus..yer dak??same-same kite memeriahkan segmen Chegu Along nih...
 

Cucur ikan bilis awal pagi jumaat

Semalam sgt bizi sampai x sempat bw..blk kje pun tdo awl..

Tapi pagi ni sempat buat breakfast simpel je...hihi...

...tu je la...nk bersiap utk bekeje pulak!bye!
posted from Bloggeroid

24 May 2012

Spontan Thursday

 

Sekian...

23 May 2012

Resipi Ikan Masak Sweet Sour

Seperti yang dijanjikan dalam entry malam tadi, hari ni aku nak post entry pasal bahan-bahan untuk Ikan Masak Sweet Sour yang simpel dimpel ni.hehe...

Bahan-bahan  untuk 2-3 orang:
  • 2 keping ikan merah(aper2 pon bole) - aku gune ikan selar sebab ikan tu je ada dalam peti
  • serbuk kunyit
  • 1/2 bawang besar(dimayang)
  • 2 ulas bawang putih(dimayang)
  • 1 biji cili merah(mayang)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak
  • 1/2 cawan air
  • mixed vegetables (bole jugak gune) - aku gune ni sebab kebetulan ada dalam peti

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan. Sapu serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng.(Boleh juga diganti dgn tepung jagung dan garam. sapu garam pada ikan kemudian tabur tepung rata atas ikan)
  2. Sementara menunggu ikan masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. kacau kejap dan masukkan air.masukkan cili besar. masukkan garam dan gula. tunggu kuah menjadi pekat barulah masukkan ikan.. siap!
  3. jika gune mixed vegetables, masukkan ia sebelum masuk ikan.
sumber : My Resipi

Senang je kan?selamat mencube!!heheheheeeee...

22 May 2012

Ikan masak sweet sour

Menu mudah dan ringkas..tapi agak mahal di kedai..yer dak??

Malas nak buat entry panjang-panjang...tengok la gambar ini..

Wallllaaaa..bkn ikan siakap..bukan ikan kerapu...ngehngeh...;p ikan selar je..sebab x plan nak masak menu ni..

tapi saje nak buat menu laen dr selalu buat..belasah la pakai ikan pe yang ade dlm peti..

Hehe..hubby tunjuk thumbs up masa makan..

Nak resipi mudah ni?emel la aku..hihi..bajet retis kan...nanti aku update bahan-bahannye dalam entry esok..mate dah berat...nite all...
posted from Bloggeroid

21 May 2012

Ayam paprik selamat masuk perot!

Menu dinner adalah sayur paprik campur dengan ayam..nak feeling-feeling macam makan kat kedai,isi ayam tu aku potong nipis..tapi banyak..ngehihihihi..

Bahan-bahan tu dah ready dalam 1 packaging...aku beli siap di tesco.dah ade bawang besar 1 biji,bawang putih 3 biji,lada kecik 3 pcs,serai 1 btg,daun limau 3 helai dan sayur yang dah siap potong macam kacang panjang,kobis,lobak,tomato..aku cume tambah ayam dan hirisan halia..

Senang nak masak kan beli yang dah siap paking macam ni?hihi..hasilnye pun sedap..ops!puji diri sendiri pulak...:)

Ps:hari-hari entry masak-memasak kan..dulu hari-hari entry persediaan kawen..tak lama g nama blog ni kene tambah dapur di depan..jadi 'DAPUR CIK MAY'..hehehe...
posted from Bloggeroid

Kek batik siap!!

Hihi..dalam entry semalam kan ada mention kek batik under progress dlm peti..ari ni nak tunjuk la kek batik tu sebab de progress was done!hihi..gelak-gelak..gembire sgt konon...padahal budak tecik pun pandai buat kek batik ni..miahahaha....meh tengok..ok x?



Habis sebungkus biskut meri sebungkus..siap tabur cokelat cair lagi semalam sebagai the end sebelum masuk peti..

Cokelat cair??sebenarnye pakai milo je..setengah cawan milo,setengah cawan susu pekat,2 sudu marjerin & sedikit air panas yang digaul di atas api..jadi la cokelat cair .hihihi..lepas tu campur dengan biskut meri yang dipatahkan...masuk dalam peti..done!

betul tak aku ckp budak tecik pun boleh buat?hihi....

update!!sebelum masuk peti , sapukan majerin di sekeliling loyang atau tuppaware tu.utk elakkan cokelat melekat-lekat masa nak potong kek nanti.then padatkan biskut & cokelat tu...aku semalam gune plastik..dan tekan-tekan guna tangan..boleh jugak nak gune senduk nasik..

posted from Bloggeroid

20 May 2012

Cendawan goreng tepung menu minum petang ni!

Wallllaaa...petang ni mood terlebih rajin macam ni..haha..semalam beli cendawan kat tesco..

Petang ni aku pun buat cendawan goreng tepung..mule-mule tanye incik suami dulu,die nak ke tak nak..die kate ok,terus aku buat..jadi begini la rupenye..taraa..

Jadi ke tak ni?muahahahaha...bile masuk perut,rase dah jadi..tapi,macam banyak serap minyak plak..huhu..~

Puas jugak google resipi cendawan goreng tepung ni..tapi resipi yang aku jumpe tu,aku dah tukar sikit berdasarkan bahan yang ada kat dapor..iaitu...

-2 sudu besar tepung gandum
-1 sudu besar tepung jagung
-1 biji telur
-sedikit serbuk kunyit untuk bagi effect warna kekuningan
-garam sikit
-serbuk blackpaper sikit.
-cendawan
-air sikit

Semua bahan aku gaul dalam mangkuk kecuali cendawan je.bahan campuran yang dicampur tadi,jangan terlalu cair..lepas tu aku celup tepung..bagi semua bahagian bersalut dengan tepung.dan goreng..lepas tu angkat..siap..

P/s:kek batik under progress dlm peti..hihi...

posted from Bloggeroid

19 May 2012

Drive sendiri nak bersanding

Ni entry basi..dah dekat sebulan,baru nk uodate entry no.korang-korang yang dah berkawen atau nak berkawen mesti dah ada driver kan bile nak ke majlis bertandang kan?

Tapi,tidak untuk aku dan suami..benda ni telah pun aku rasa akan berlaku dan benar-benar berlaku...

Haha..kau hade????

ni la perangai incik suami aku..selagi boleh,takkan mintak tlg dgn org..selagi mampu,cube diusahakan.

Mase tu,rombongan dari belah aku nak ke kg incik suami naek bus.penuh la bus tu.maklumla..dorang g jalan free kan..family aku je naek kete.anak-anak buah aku pulak jakun nak naek bus dgn org blok kg aku..

kalau dah semua bwk kete,sape nk bawak kete laki aku plak kan?tu yang drive sendiri..pkul 11 gerak dari umh aku.

Sampai sane,kawan die nampak plk..habis hebah..kate dorang susah nak jmpa ni..hoho....

posted from Bloggeroid

18 May 2012

Kalau Tak Suka, Pulangkan...

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.



Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.



"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang.. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.



Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.



"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.



"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.



"Fail saya kat depan tu mana?"



"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.







"Saya nak ke out station minggu depan."



"Lama?" Soal Laila.



"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "



"Ikut jugalah."



"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu…"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.



"Awak masak apa?"



"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.



"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"



"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.



"Keluar!"



"Mama dah masak Pa!"



"Awak saja makan!"



"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ..." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling.. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?







Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.



"Laila.." serunya



"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.



"Sunyi pulak rumah ni mak,"



"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"



"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"



Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.



"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.



Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.



"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"



Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.



Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah... "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.



Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.



Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila…" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.



"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "



"Papa pesanlah.."



"Nantilah besar sikit." Dalihnya.



"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."



"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"



Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.



"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.



Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.



Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…



Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.



Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Tazkirah : KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAk LIMA KALI

1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah,Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

17 May 2012

Ujian kekuatan tulang dengan anlene

Masa g soping barang,ternampak booth anlene..aku pun lalu tempat tu sambil terjenguk-jenguk dengan harapan amoi tu panggil aku untuk ujian tulang..

Taktik aku berhasil.die panggil aku isi form dan buat ujian.FOC je pun..aku pun isi form dan duduk kat kerusi..incik suami pun buat jugak..hihi..

Bile dah siap,tengok keputusan..



Kedua-duanya risiko rendah untuk penyakit tulang..tapi,bacaan kekuatan tulang incik suami 1.9 walapun x minum susu..aku yang minum susu anlene tiap2 hari pulak 1.0..

menurut mereka,bacaan tulang yang bagus dan kuat ialah 1.0 ke atas..1.0 kire still okei sebab masih di paras risiko rendah..

Nampaknya tulang aku masih tak kuat walaupun mengambil susu anlene setiap hari.. T___T

posted from Bloggeroid

Udang Masak Merah & Udang goreng bersama kacang botol.


Menu dinner malam tadi...lauk udang...hehe..tak tau nak buat masak ape..belasah masak merah je dulu.. resipinye sama je macam ayam masak merah hari tu..cume aku tambah sebatang serai dititik..

betul ke ada serai dalam masak merah??aku pun tak tau..hanya mencuba..sebab masa jalan-jalan kat blog resipi, terjumpa la blog yang meletakkan batang serai dalam masakannye...nak bagi link blog resipi tu tak dapek la pulak..sebab masa bukak resipi tu pakai henpon je..

Hasilnye, not bad jugak...cume pedas sikit..sebab aku letak 2 sudu teh cili boh..menu sampingan bersama sayur pulak bermotifkan udang jugak..udang di goreng bersama sayur kacang botol..haa..yang ni pulak resipi Dari Dapur Madihaa..hehe..resipi tu boleh refer di sini..hasilnye..
Dalam resipi Kak Madihaa tu tak depun suh letak sayur tu..tapi aku yang tambah sendiri...sayur kacang botol dengan taugeh..hehe...kreatif la konon kan....

TQ kak share resipi..saya dah buat...sedap jugak..cume terlebih sikit serbuk kunyit..hihi..sebab letak sikit je udang untuk resipi ni..udang lain dah selamat untuk menu pertama.. =)

16 May 2012

Pagi-pagi Bute Dah Buat Hati Panas!


Mula-mula nak ucap 'Selamat Hari Guru' dulu kat semua cikgu..kalau nak listkan semua nama cikgu yang mengajar aku dulu, ramai sangat lah pulak kan...

Untuk bloger-bloger Cikgu pulak..Selamat Hari Guru jugek..ari ni banyak la dapat hadiah kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
EDISI LEPAS GERAM

Pagi-pagi buta tadi sampai opis terus bukak PC..suasana lengang sebab aku orang awal sampai opis..tibe-tibe datang sorang g staff..bising-bising kat aku sebab aku tak reply mesej die malam tadi..Tu semua pasal kerja urgent yang tibe-tibe je kene buat time ramai staff dah balik keje..

Aku dengan muka innocent menyatakan aku tak de terima mesej dari sesape pun malam tadi..

Die pulak bersungguh-sungguh cakap, lepas aku kawen ni, susah betul nak kol dan mesej..petang semalam memang die kol aku..tapi time tu aku atas moto..

aku dah bagitau aku atas moto lepas aku angkat phone dari die petang semalam.tapi, die sebok membebel macam-macam..mungkin die tak dengar ape aku cakap..pagi ni aku kene explain lagi kat die, bahawasanya aku di atas moto waktu die kol banyak kali dan bile aku dah masuk umah, baru aku dengar bunyik henpon dan terus aku angkat...

mungkin sebab biasanya aku balik keje naik kete ari-ari..so, dia rasa tak logik bila aku gagal mengangkat kol dari die sebanyak 5 panggilan tu..means panggilan keenam baru aku angkat..

Lepas tu part die mesej aku malam tadi tuh dan marah sebab aku tak bagi respon..bersungguh-sungguh aku check inbox mesej aku..aku tengok mesej terakhir die, masa ustaz Don datang bagi kuliah zohor hari tu..tapi, dia masih menyalahkan aku ni susah dihubungi semenjak kawin..Grr..geramnye aku..

Aku off henpon pulak.aku yang tak puas hati pulak dengan tuduhan tu.aku restart henpon aku semula..kot-kot henpon aku ni yang bengong..bila aku on balik, takde mesej masuk..dengan bersungguh-sungguh aku cakap kat dia, takde mesej masuk pun after restart phone..

Lepas tu die tengok henpon die pulak...sambil berkata.."aah la..salah hantar mesej..no.tepon salah taip.."

T_________T

15 May 2012

Berenang-renang di pool smp lemas!

Pheww..tajuk entry takde kene mengena dgn diri aku pun...

Tapi ade kene mengena dgn menate semut ini..

Mereka berenang-renang dlm casing contact lense aku yang mana aku tak tutup rapat masa nak g keje awal pagi..

Bile blk keje tengok semut-semut ni dah mati lemas..

Theeeheeheheee...^^

BE Datang Lagik!Apekah?

 
Buat masa sekarang ni, memang tak sempat nak update entry laju-laju...sebab tu banyak short entry je..tapi kalau ada entry panjang lebar tu, maknenye via android la..update dari umah.sebab kat umah ada wifi free!!.

tapi,kadang-kadang macam tak cukup masa jugak nak update dari umah..tengok keadaan la..duduk umah pun sibuk jugak..kadang-kadang takde mood..

Tapi, dalam sibuk-sibuk tu, BE baru masuk lagik!ehehe..pelik tapi benar ni..tak jadi nak 'cash out' lagi earning yang ada tu..tunggu BE baru yang tengah running ni la..hehe..banyak sikit amount kan?

Papepun, TQ kat semua pembaca blog aku ni..yang ari-ari datang ataupun yang menjengah sekali-sekala...tak pun yang baru je tengok blog aku..tq sangat kerana korang la BE melekat kat acc Nuffnang aku..hihi..teruskan membaca dan tinggalkan komen okei..besenye aku akan datang melawat kembali ke blog-blog yang tinggalkan komen ni.. ^__^

Kalau nak tau pasal tips untuk dapatkan BE ni boleh la tengok di SINI..

14 May 2012

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan


miss Z berceloteh
klik banner untuk join segmen ni..peace!!

Hi!!Join segmen ni setelah sekian lama sepi dari segmen!

Follower blog CM buat masa ni ada 889 orang..tu kalau figure yang ada di side bar la...yang betul-betul follow, kurang pasti pulak.. ^__*.

Negeri kelahiran CM adalah di Pahang.. =)

*Salam perkenalan*
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page