Pink Diamond

30 September 2011

:: DAPAT HADIAH LAGI ::

Ni gift dari Bangkok..sebenarnye dah lama nak hapdet entry ni..tapi masa tak izinkan..
Thanks kat incek Tunang beli barang-barang ni sume..

Thanks jugak kat Sizuka..sebab bagi chocolate..hehehe....tak makan -makan lagi ni..
Sekarang ni kurang masa sikit...macam-macam kene buat...

T e r i m a  k a s i h  s u d i  b a c a  d a n  L I K E . .

29 September 2011

:: RIANG RIA RAYA OPEN HOUSE SPNB ::

Bile habis syawal??? tak lame dah kan...
Baru ni opis aku buat open house kat Restoren Seri Melayu Jln Conlay...

Banyak sangat peringkat open house opis aku ni ha..
Hari tu dah ada open house jugak...tapi buat dekat floor opis je untuk department..
Aku ade citer kat entry INI..

Dengan staff branch JB
Siap ade kugiran lagi..hihihi...boleh panggil kugiran jugak ek?? ^____^

artis opis..kalau dorang bace komfem kembang ni..artis sangat..

 Tu je la entry untuk lunch hour ini...hihi...
Nanti ade entry untuk open house opis cawangan Pahang semalam.. ;)

p/s : habis diet aku...grr...~

T E R I M A  K A S I H  S U D I  B A C A  D A N  L I K E  L A  Y E . .  ^^

:: PART II WEDDING DALAM HUJAN ::

Ni adelah full picture wedding opismet aku...
yang bersanding dalam hujan..
Entry sebelum ni just tunjuk suasane hujan tu je...

Sekeliling pengantin tu semua budak-budak department aku yang datang..tu pun ade lagi yang tak datang..

p/s : macam banyak entry wedding je untuk bulan September neh..kan...

:: TERSANGKUT DALAM LIF.. ::

Ni kejadian petang semalam...mase nak checkout daripada Zenith Hotel, lift tibe-tibe bergegar dan stop!!
Agak cuak la jugak..sebab ni pengalaman pertama aku..
Mujur ada Kak Aida..kalau tak, panic jugak la aku ni gamaknye..

Tak sampai 5 minit pun kitorang kat dalam lift tu..
Pastu lift dah bergerak semula...tapi, tak turun-turun...bergerak setempat je..
Cube anda-anda bayangkan....T______T

p/s : curik masa hapdet blog sikit..hoho...

T e r i m a  k a s i h  s u d i  b a c a . L I K E  l a  b i l e  d a h  b a c e .. t e r i m a  k a s i h .

28 September 2011

:: WORDLESS WEDNESDAY ::




:: DAH SAMPAI KUANTAN... ::

Hi..gud morning sume!!!
(macam biasa,ayat pembukaan tu bajet ramai yang nak bace entry aku ni..hihihi..)

Now dah pukul 2am..
Aku kat Kuantan...
Just check in kat Zenith Hotel pukul 12am tadi..sampai agak lambat sebab banyak pulak keje kene setel tadi..
Hotel baru kat Kuantan neh...
Saje la menerai kan....
Not bad la jugak..best..nanti bile sempat aku nak hapdet gambar hotel ni pulak..hehe..

Thanx kat blogger-blogger yang mendoakan kesihatan aku kat entry ini ye...
Suhu badan aku dah okei sikit..;)

Mintak maaf le tak sempat nak bw lagi..
Ada masa free nant aku akan menjengah korang kat sana..sebab aku pun nak tido ni...esok pagi ade event pulak kat Indera Mahkota dengan opis branch..

gudnite!!!!

s i l e  l a  L I K E  e n t r y  n i . . t e r i m a   k a s i h  s u d i  b a c a  d a n  L I K E . .  ^__^

:: BALIK KG 1+1 PENGAPIT KAWAN ::



Jengjengjeng...gambar pembukaan tak hengat..macam aku yang kawen kan...
Ekcelli,seperti yang aku gembar-gemburkan semalam dalam entry INI, aku nak hapdet citer aku jadik pengapit...thehehehehe.... ^____^ (ayat gembar-gembur tu macam la aku hebahkan sekampung..lala..~)

Takde la banyak sangat citer mase kejadian jadi pengapit ni..
Cume, aku dah demam time ni..sampai la kat puncak Genting.. T____T



Ni adelah bff aku masa aku sekolah kat Pekan, Pahang dulu..
Kawen dah ye....
Husband die tu classmate kitorang jugak..
alhamdulillah..kawen jugak akhirnye..semoge jodoh berpanjangan ke akhir hayat ye CT NAFIZAH & SAZRUL...


psstt...baju yang aku pakai tu same tak dengan baju yang aku penah gune untuk entry kat sini???muahahaha.......=D


p/s:sape nak mintakak jadi pengapit,boleh drop komen kat entry ni key..kih3....;p

t e r i m a  k a s i h  s u d i  b a c a . . L I K E  l a  b i l a  d a h  h a b i s  b a c a  k e y . .

27 September 2011

:: SEGMEN : Jom join Bloglist Genk ::

Dah lame tak join segmen macam ni..
So nak bagi support kat Genk Sabah punye segmen.. =)
Klik Banner bunge comel untuk join yer... =)
Nak tag kat sume kawan-kawan blogger yang bace entry ni.. ^____^

:: TIBE-TIBE SAMPAI GENTING??? ::

Tengahari semalam sempat la aku menghapdet blog cipisan aku ni kat opis member aku...
Sementara menunggu incek tunang sampai...

On the way balik KL tu, tibe-tibe incek tunang kate teringin la naik skyway...
Adei..die ni main-main ke betol-betol..
Dah le aku tengah demam..
Perut lapar...

We all singgah mcD kat highway tu...
Aku ingat nak makan kat sane je..
Tibe-tibe incek tunang drive thru je..
Aii..bile aku nak makan dengan tenang ni...

Pas drive thru incek tunang terus drive direct naik Genting...
Hadei..layankan je la...

Sampai sane makan jap dalam kete..
Terus carik tempat naik kerete kabel tuh..
Dulu tak naik mende alah ni...drive sampai atas je..

Tiket dah dapat!!
RM5 je..murah rupenye...


Masa naik tu memang dah hujan...


 Sempat la amik gambar ni dari atas tu ha..

Time tu hujan...outdoor game memang tutup la kan..
Tapi kitorang memang tak merancang nak main game pun..
Nak memenuhi hajat incek tunang je...
Nak naik kerete kebal..opss..kabel... ^___^

Lebih kurang pukul 6pm..kitorang dah ade kat stesen skyway...
Nak balik dah...
Sebab aku rasa suhu badan aku dah bertambah panas...
Dalam hati aku...jumpa doktor komfem dapat MC ni..
lalalalala..~

Masuk dalam kerete, aku dah tepek macam-macam minyak dah..sebab kepale dah sakit sangat..
Lepas je exit ke Ampang, dapat call dari opismet..
ayatnye berbunyi begini..

"May, esok awak kene outstation ke Kuantan tau..ade majlis serah inden + jamuan hari raye kat opis branch."

Aduhai.....aku baru sampai dari Kuantan dah kene g Kuantan semula??????
Badan aku tengah panas yang amat ni...

Sampai je kat umah, terus kemas beg untuk outstation..
Pastu amik Cool Fever ni..
Tepek kat dahi aku..
Walaupun die ade tulis :  for children je..ada aku kisah??

Janji hari ni aku bangun je, suhu badan dah turun sikit..

p/s : jangan lupe makan ubat kalau demam...^__^

S i l a  l a   L I K E . T e r i m a  k a s i h  s u d i  b a c a  d a n  L I K E . .

26 September 2011

:: KAT OPIS GOMEN..LEPAKqueen ::

Halluu...
Rase lame giler tak menghapdet blog aku ini...
Cuti balik kampung kan...

Tak sabar nak hapdet entry aku jadi pengapit kawan aku kawen baru ni..muahahahahaha....

Ekcelli now aku kat kuantan..
Tadi baru je lepas appoiment dengan doktor..
sekarang ni kat opis kawan aku...
Name beliau Norasmida.. (die mintak mensyen name die kat sini..hihihi..)

Pinjam PC die jap sebab nak hapdet blog..hihihi.....
Jap gi nak gerak pulang ke KL..
 

p/s : doakan aku selamat sampai ke KL yeah!!

Terima kasih sudi bace entry ni..

23 September 2011

:: TAZKIRAH : 10SURAH TERBAIK ::

10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w


1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN


Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN


Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.



7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati


22 September 2011

:: PENTING UNTUK PENGETAHUAN KAUM HAWA.. ::

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!
KISAH BENAR!!

AWAS Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti.

 Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis.

Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam.

Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka.

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar!
Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!

(sumber :fb)

p/s : jage keselamatan korang..zaman sekarang ni macam-macam perkara boleh terjadi..

LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE

:: BINATANG PUN NAK FACEBOOK JUGAK??? ::

APA AKAN JADI.....
Klu binatang ada facebook ..
agak2 ape status mereka ?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi .. kenyang burp, alhamdulillah...

CICAK : Isteriku tersepit kt celah pintu .. sobs~

KUCING BETINA: Anak I yg ke-5 baru tanya sape bapaknye. I bingung nk jwb ape. I sendiri lupa bapaknye sape..

AYAM : Kawan .. klu esok aku xupdate…b'erti aku udah digoreng….I luv u all… jgn lupe wat kenduri arwah utk aku ye…

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa~

KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

BABI : Aku bengang btol la...dye gi pijak taik kucing tapi nama aku yg disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yg berak kt depan umah ko .. tension2...

(sumber : fb)

p/s : hanya untuk suka-suka..^^

S I L A  L A  L I K E  E N T R Y  N I  L E P A S  B A C A . T I M E  K A S I H  S U D I  B A C A .

:: WORDLESS THURSDAY ::

gambar tanpa kata..menggambarkan kata-kata aku..


p/s :pahe dop ayat aku tu?????

:: KERANA BURGER AKU MENDAPAT MALU PALING TERUK UNTUK TAHUN NI ::

Credit pic for Google
Burger oh burger...
Petang semalam teringin nak berbuka puasa dengan burger brother kat belakang rumah aku tu..
otw balik rumah terus singgah gerai burger..

"bang, burger daging sepesel 1.."
"ok.."

Aku masuk dalam kete semula...
Tibe-tibe brother tu cakap...
"ni tak nak bawang ke??"
Aku dengan kompiden yang amat terlampau terus jawab...
"arr....tak nak la.."

Lepas tu brother tu sengih-sengih sambil cakap..
"tak..saye tanya orang belakang kete awak tu.."
Brother tu tersengih-sengih macam kerang busuk dengan partner die kat kedai tu..

Aku pulak?
malu wey..malu.....mane nak letak muke aku ni..
Dah la incek tunang gelakkan aku jugak...
Grrr......~

p/s : cakap siang pandang-pandang...cakap malam????  --> erk!motif? lalala..~

D a h  b a c e ? s i l e  l a  L I K E  e n t r y  n i . t i m e   k a s i h  b a c a  d a n  L I K E . .

21 September 2011

:: DESERT PALING SENANG NAK BUAT..PUDING CARAMEL ::

Dalam entry sebelum ni aku cakap ade sambungan tok topik open house kan...
kalau belum bace meh tengok kat sini..

Ni sambungan entry tu..
Lepas we all makan lemang dengan rendang tu, teringin pulak nak ngap-ngap desert pulak..
Kak Aida ni pulak memang expert buat desert tu..terus buat..--> sebab tu la sampai malam kitorang kat sane..hehe..

Tinggalkan sikit untuk tuan rumah.. =) memang nyummy..
So,senang je kot buatnye..sebab aku tak tengok pulak mase kak aida buat..
ni baru terhegeh-hegeh nak buat..hohoho..

Bahan-bahan :
 :: telur 2 bijik :: susu cair botol pink tu 1 tin :: gula 3sudu :: susu nespray 2 sudu ::

ha!! loyang jangan lupe pulak!! periuk kukus juge tak boleh dilupekan...

step 1 : blend telur, susu cair, susu nespray tu..ingat..blend ye..bukan kacau dalam mangkuk.. T__T
step 2 : cairkan gula tu dalam loyang...em..buat gule hangus...tanpe campurkan air mase nak cairkan gula tu..sehingga warne kekuningan...jgn smp hitam pulak..hehehe...
step 3 : letak loyang tu kat dlm periuk kukus..
step 4 : masuk kan item yang dah blend dalam step 1 tadi ke dalam loyang tu..

done!!

dah siap?sejukkan dalam peti pulak..

p/s : ni la puding caramel pertame yang aku makan tak de bau telur / hanyir..memang sedap..nyumy!
kawan-kawan yang baru kawen tu blh la try kan..hik3....

:: OPEN HAUS LAGIK LEPAS TENGOK PERSANDINGAN DALAM HUJAN ::

Lagi-lagi open house...
Tapi tahun ni tak banyak sangat pegi open house...
Sebab agak busy sikit...

Ni kisah open house hari ahad baru ni..
Lepas pegi tengok persandingan dalam hujan kat Setapak, kitorang pegi pulak makan lemang sambil bersantai kat rumah member akak ni ha...
Ingat nak makan lemang je...
Sampai ke malam rupenye kami di situ..

btw,rendang kak Kat tu sedap..hik3...

p/s : ade sambungan lagi ni..jap g tunggu free sikit sambung..=)

L I K E  L I K E  L I K E . . D A H  B A C A  S I L A  L I K E . . T I M E  K A S I H  B A C E . .


:: AKU DIRISIK 1+1 BERTUNANG ::

Cerite ni boleh kategori dah basi la jugak..
Hukhukhuk....T___T
Sebab dah 3 minggu berlalu baru nak hapdet...

Ni citer tanggal 31 Ogos baru-baru ni..
Bersamaan 2 syawal..
Aku ada bagitau kat entry sebelum ni..rumah aku ade buat kenduri sikit..
Kenduri merisik ++ bertunang...

Majlis buat simple je..tak ada pelamin bagai..
Ikut kan aku ni,nak sarung cincin je..tak payah kenduri-kenduri pun..hihihi..
Sebab masa tu rumah aku baru siap sehari sebelum raye..jadi agak kelam kabut di situ..

Make up : aku sendiri - memang tak cari mak andam pun
Baju : sendiri
Hantaran : sendiri - last minit punye kerje!!!
OP : tak booking mane-mane OP pun.sebab bakal abg ipar aku memang OP..boleh tengok kat sini dan sini..tapi, ramai pulak kameremen hari tu...

Ekcelli....sebelum balik raya, tunang aku kate tak payah bertunang la..
sebab takut rumah aku tak siap lagi..aku pun risau nanti orang tak selese..
Plannye buat majlis merisik aje...
Aku pun tinggal la bakul-bakul hantaran yang aku dah beli untuk bertunang hari tu kat umah sewe..pandai tak???
Baju je yang aku bawak...dah tak jadi bertunang, pakai raye la kan..pe susah..hehehee

Tibe-tibe pas hantar aku kat kampung incek tunang kate bertunang la pulak..
sebab tengok rumah dah siap..
Haiyaaa...

Kelam kabut aku cari bekas hantaran..
Sape kate duduk kampung kos hidup lagi murah?
Mase aku kelam kabut cari barang untuk hantaran, harga kat sane 2x ganda lagi mahal dari KL tau..pfftt...

Mekap pulak, memang dah plan tak nak amik mak andam..
Sebab aku pun dah 2x pegi kursus mekap..tapi hasilnye, takde la secantik mak andam yang berbayar kan..


muke cuak!!!

Bakal mak mertua aku

Nak hantar rombongan lelaki balik.
Alhamdulillah..
semuanye berjalan dengan lancar...
walaupun aku dah macam baru lepas lumbe lari 100 meter hari tu..heheheheee..
thanx to all my family..and my niece yang comel-comel...tolong petik daun sireh...tolong angkat dulang pahar makcik ye...

Sori kat kawan-kawan aku yang aku jemput last minit ye...hehehe...yang lain-lain tu, bukan tak nak jemput ye..tapi buat majlis kecik je + yang wajib je...lagipun ramai yang balik kampung raye kedua tu..

p/s : takde gambar dengan tunangan aku pun..sebab die dah bagitau awal-awal tak datang masa kenduri..gambar dengan kawan-kawan yang datang pulak kat kamere lain..aku pun tak tengok semua gambar lagi..

D a h  b a c a  e n t r y  n i ? ? S i l e  L I K E  . t i m e  k a s i h  s u d i  b a c e  d a n  L I K E . .

20 September 2011

:: SUNGGUH TIDAK KU SANGKA ::

Sungguh tidak ku sangka..
Tibe-tibe je berpuluh-puluhan blogger datang terjah blog aku dalam masa yang sama..
Aku pun terkejut jugak..
Kenape jadi begini...what happened??

Rupenye abg B.A (blogger glemer tau..) telah tengok blog aku...
Dan letak link blog aku kat entry die...
Walaupun die tak tinggal jejak kat blog cipisan aku ni....
Tapi aku dapat hidu kesan jejakan die..
Hahaha.....
Meh tengok gambar ni..

Aku buat entry pasal BFF aku kawen dengan retis kat sini...
Anak panah kat atas tu aku nak tunjuk name blogger glemer tuh..hehehe...
Anak panah kat bawah pulak, nak tunjuk kan yang abg B.A letak link ke entry aku..

Patut lah tibe-tibe je berpuluhan blogger terjah kat blok cipisan aku tadi..
Then, ade peningkatan pulak kat follower aku..
Time kasih la abg B.A..

p/s : entry macam ni dikire entry berlagak tak?hehehe...

A k u  L I K E  e n t r y  n i .. K o r a n g  L I K E  t a k ? D a h b a c a t o l o n g L I K E y e ..m a c e h ..

:: D.I.Y BILE TERPERAP KAT RUMAH ::

Cuti baru-baru ni, aku tak berjalan ke mane-mane pun..
Sebab tunanganku melancong kan...
Habis sume kawan-kawan aku sms ajak jejalan..
Tapi kecewe...
sebab sume orang sibuk jaga kebajikan suami kat rumah..
Sobsobsob.. T____T
Aku pun cari keje nak buat sepanjang hari jumaat dan sabtu..
Amik benang,jarum dengan manik..Hehehe..
Pastu carik baju yang plain..


Jahit punye jahit...
dua hari baru siap koooo..
Dari tengahari bawak ke tengah malam...

Baru ku tahu..
Penat rupenye jahit manik ni...
Korang (perasan ramai yang tengok blog aku la kan..) tengok la hasilnye...
Tak la cantik pun..simple je..

p/s:ni kali pertame aku jahit manik dengan tangan aku yang keras tak penah buat bende seni..

S i l e  L I K E  e n t r y  n i . t e r i m a  k a s i h  s u d i  b a c a  d a n   L I K E ! ! !




19 September 2011

:: BERSANDING TENGAH HUJAN ::

pffttt....bersanding dalam hujan kauuu...
ko hade?tak de kan....  --> tah pape tah..tanye dan jawab sendiri... Y___Y

semalam g wedding opismet aku kat Setapak...
melepaskan perasaan frust menonggeng  dan berguling-guling sebab tak dapat tengok Along di ijab kabul dengan Danny x-factor...aku ade buat entry tu pagi tadi kat sini..

Sampai je kat umah pengantin, hujan lebat gile..
Basah jugak la baju kitorang neh..

 Aku pun makan laju-laju..sebelum air hujan masuk kat pinggan nasik aku..


Kesian kawan aku sorang ni..
Berarak dalam hujan lebat...
Aku pulak kesian tengok die ni..
Dah la penyabar budaknye..
Ops!opismet aku pengantin laki-laki tuh..
Pengapitnye pun basah lencun dah tu...
Semue yang di rancang lame mesti tak menjadi..
Meje makan damai pun kene hujan lebat...

BTW, Selamat Pengantin Baru Piko dan Sarah..Semoge berbahagia hingga ke akhir hayat ye..

p/s:kite hanye merancang,Tuhan yang menentukan... =D

S i l e  L I K E  e n t r y  n i  l e p a s  b a c a . T e r i m a  k a s i h  s u d i  b a c e . . ^___^

:: HADIAH PEMENANG GA DAH POS!! ::

Salam..
Hari tu aku dah kuarkan keputusan GA pertama dari aku kat SINI..

Pastu last week aku dah update pasal hadiah-hadiah dorang yang dah siap packing kat SINI..
So, hari ni aku nak bagitau,aku dah pos kan hadiah korang tu ye..
Pakai pos laju..

Mane yang area KL tu, i/Allah esok dah dapat la courier tu sebab ikut pengalaman aku yang selalu soping online ni, aku transfer duit pagi ni,petang tu die pos,esok tu aku dah dapat barang aku.. --> pe ayat aku panjang berjele-jele ni..korang paham ke??hihihi.... =D
Mane yang jauh-jauh sikit tu, mungkin lambat sikit la kot sampai..tapi i/Allah dalam minggu ni jugak..

okei??

p/s:semoge mereke sume gembire dengan entry  ini.. ^___^

S I L A  L A  L I K E  E N T R Y  N I .  . T E R I M E  K A S I H  S U D I  B A C E  D A N  L I K E . .


::SELAMAT PENGANTIN BARU DANNY X-FACTOR & SAHABAT KU ::

Gbr ni ambik dari FB Along @ Lyn
Gud morning..
Baru sampai opis..
Ari ni lambat  sikit g opis...
Bos takde kan..hohoho....

Nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kat kawan aku yang sorang ni..
Along.. --> member-member sekolah je panggil Along..anak sulong kan..hihi..
Dah selamat menjadi isteri kepade Danie Anwa @ Danny x-factor tuh....

Ekcelli....Along ni kawan aku masa sekolah teknik kat Rompin dulu..
Kire BFF di zaman sekolah dulu la...
We all 1 course...tapi tak sekelas...

Member zaman melepak dan membuang masa kat Megamall Kuantan time sekolah dulu-dulu..haha..
Tetibe rase nak mengimbau kenangan sekolah dengan die pulak..

What??member dah glemer jadi bini retis baru nak ngaku BFF?
Tak hokei....
We all da lost contact pas habis belajar kat Polisas...
Then jumpe semula kat FB...
Macam biase la, sambung semula melepak kat umah die pulak..hehe...

Along ajak g majlis nikah kat Kampar ari Jumaat baru ni..
tapi aku tak dapat attend..
Sedih jugak la kan...
Dah le mase bertunang ari tu pun aku tak dapat attend...sob3.. T__T

BTW,aku doakan semoge ko akan berbahagia ke akhir hayat ye long....
i/Allah resepsi ko kat KL nanti aku datang...
Mintak mama buat sambal tempe ye..hihihi.....

hah!!kawan sekolah aku, izyan pun ade buat entry pasal kawan kitorang yang baru jadi bini retis ni..

p/s : aku ingat nak pos hadiah pemenang GA tu hari ni..i/Allah ....

D A H  B A C A  E N T R Y  N I ? ? L I K E  L A   K A L A U  S U K E . . T I M E  K A S I H . .



15 September 2011

:: BILE DAH ANGAU ::

AWAS!! Gambar kat atas takde kene mengene dengan entry ni..
Saje nak tempek sekeping gambar muke aku baru sampai opis tadi..

Ni la kalau mood nak buat kerja dah tak ada di sebabkan Majlis Hari Raya tadi..















Sepatutnye kat ruangan tu aku letak name pengarah urusan..
Dah ter'chop' harga kontrak...
Macamane?















Terpaksela aku double 'chop'..
Kalau kantoi ni masak kene perli dengan bos ni..

p/s : jangan angau sangat time kerje ye!!!

K a l a u  s u k e  e n t r y  n i  s i l a   L I K E . T e r i m a  k a s i h  s u d i  b a c a  d a n  L I K E...

:: OPS!! TERLEBIH RAYA SUDAH!!::

tadi, aku cakap tak sempat nak update entry panjang-panjang sebab..
Hari ni department selevel buat jamuan raya khas untuk anak-anak syarikat...
Bukan main sakan lagi..
Bukan sakan makan...
Tapi..

aku rase macam tengah promot baju pulak


dengan HOD kami..buat gaya sopan dulu..

aku je yang buat freestyle melampau ni..

Ni aku tempek sikit je..
Kalau aku tempek lagi banyak gambar, takut ade yang muntah darah pulak tengok aku bergambar..

Siap ada karoeke lagi kat level kitorang..
Department lain yang buat jamuan raye pun takde set karok ni..

Chairman pun dengan sporting nyanyi..
Tapi tak dapat tunjuk bukti tu kat sini...
Sebab time tu aku tengah makan..

S i l a l a h  L I K E  e n t r y  n i . T e r i m a  k a s i h  s u d i  b a c a  d a n  L I K E . . .

"Jom Blogwalking"



JOIN KLIK SINI
 Hai....
Jom bw...
Selamat datang kat entry ni ye..
Ops!!Sori tak dapat update entry banyak-banyak..
Sebab nak buat preparation untuk jamuan raya ni...
Babai!

p/s: time kasih datang melawat kat sini..aku akan cube balas kunjungan korang key.. ^__^

Mintak tolong LIKE entry ni okei???? Terime kasih.. ^__^

:: WORDLESS THURSDAY ::

Thanx Google

:: SOUVENIR DARI BANDUNG ::

Semalam my sis and family baru sampai dari Bandung...
Aku pun terkinje-kinje bile die kol bagitau dah sampai KL..
So, aku pun g 'collect' buah tangan dari sane..














Dapat t-shirt je..
Sedeh....
Kain pasang aku kirim jugak..
Tapi tak free la..hukhukhuk...

Tapi kene bersyukur la kan...
Alhamdulillah...^__^
Boleh pakai g jejalan....

My sis tanye...
"ko nak keychain?ade banyak ni..pilih la..."
Aku jawab ..
"tak nak arr...melambak dah keychain Bandung..budak opis aku g Bandung bagi keychain kat staff-staf.."

p/s : duet tabung aku ni boleh jugak bawak bercuti g Bandung kan...lala..~

S i l a L I K E k a l a u s u k a e n t r y n i.T e r i m a k a s i h s u d i L I K E e n t r y  n i.

:: TABUNG UNTUK MASA DEPAN ::

Semalam tengok tabung adik kektus ni ha..
Tabung siti kektus made in london ko...
haa..
Aku cakap kat kektus aku pun ade jugak..
Nak tunjuk kat kektus hari ni..
Ehhhhhhhh....bukan nak menunjuk or berlagak okei???
Saje je nak share...
Duit tabung kawen aku..
Tabung aku besarrrr...... --> sambil mendepangkan tangan...
nak tengok?
Hahaha...
Tu la...pakai botol jem strawberi jek...


p/s: agak-agak amount syiling dalam tu cukup tak untuk buat kawen???

S i l a L I K E k a t s i n i. . . T e r i m a k a s i h  s u d i p i c i t L I K E n i . . .


14 September 2011

:: LAGI PETUA UNTUK KULIT ::

Lagi nak tambah entry pasal petua..
Hehehe..jangan marah ye...
Tapi tak semestinye pengantin je boleh amalkan..
Ianye terbuka kepada sesiapa..

Korang minum air tak?
Hari-hari aku minum air..
Tapi sekarang aku banyakkan minum air masak..

Bangun tido je aku  terus minum air masak..
Memang aku dah letak siap-siap sebelum tido..
Sampai bergoncang la perut aku sebab aku sumbat air tu banyak-banyak...
Banyak khasiat tau minum air masak time bangun tido..
Kulit pun akan cantek...~
Tak gitu?



















Kat opis pulak aku dah sediakan botol air lain..
Memang kene pastikan satu botol tu habis dalam sehari..
Botol air kat opis aku letak yang 1 liter punyer...
Hari-hari memang habis...
Aku paksa habiskan walaupun tak suke..
Hukhukhuk..~
Sebab nak bagi air cukup kat badan aku ni..

Meh aku share info air ni dengan korang...

1 – Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan.
2 – Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.
3 – Air baik untuk sendi.
4 – Manusia memerlukan paling kurang tiga liter air setiap hari.
5 – Minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
6 – Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.
7 – Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori,gula,atau lemak.
8 – Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan ginjal.


1 – Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran
2 – Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut,sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.
3 – Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
4 – Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk.

Entah macamane, hari ni aku telah menghabiskan 2 liter air di opis...
Dan tak henti-henti aku g toilet hari ni..penat seh...
Penangan minum air  COWAY la ni!!!!!

 S i l e l a  LIKE k a l a u  s u k e e n t r y n i.t e r i m a k a s i h se b a b L I K E

:: PETUA NAIK KAN SERI DI WAJAH PENGANTIN ::

Hari ni aku menggoogle lagik...
Lain yang di carik,lain pulak yang aku jumpe..
Ni untuk Bride 2 Be ye..
Hehehe...aku jugak ke?? ^____^

Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan ringkas.

Caranya :-
44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari.



Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah !

Kawan aku yang telah selamat menjadi wife pun ade buat entry pasal bunge ros ni..
Aku cube carik entry tu dalam blog die..
tapi tak jumpe..hehehe..

yeah..selamat mencube!!!

p/s: aku dah boleh ke amalkan bende-bende ni?hehehe...

k a l a u  s u k e  b o l e h  l i k e . . . k o r a n g  l i k e  k o r a n  g   b e s t . . .

:: B.E KE 4 DAN KE 5 DI BULAN SYAWAL ::

Dua hari incek nuffnang mengada-ngade dengan aku..
Entah kenape bile aku klik kat earning nuffnang tak boleh bukak..
Marah betul aku dengan incek nuffnang..
Terus aku hantar tiket kat beliau mengadu manje..

Tapi hari ni dah boleh bukak nuffnang..
Terus tengok kat earning tu...
Bile bukak je..terus pengsan.... *___*















Ada 5 B.E tengah menggedik-gedik kat blog aku neh!!!!
Hari isnin baru ni baru je aku update kegembiraan aku sebab 1 B.E muncul...
Hari ni tambah 2 ketol  lagi...lagi...lagi....

Alhamdulillah....^___^
Semoge mereka berlima menggedik lame sikit kat sini..

Yang nak tau tips / bende yang kene selalu amalkan untuk bodek incek nuffnang boleh tengok kat SINI , SINI dan SINI...


p/s korang kene rajin bodek-bodek abang nuffnang yang kacak tau.. ^___^

a k u  s a n g a t  L I K E  e n t r y  i n i . . . k a l a u k o r a n g s u k e b o l e h L I K E j u g a k . . .

:: NILAI HANTARAN ::


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000
(sumber fb)
Kredit kat mr google
ish2..ni nak jual anak ke apa? sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )
p/s : kalau nilai hantaran tu begitu gah sampai satu kampung bercerite, (tapi yang pihak perempuan letak/tolong tambah separuh konon nak ringankan beban pihak lelaki) tak berapa nak bernilai sangat la kan..


I  LIKE  I LIKE  I LIKE  I LIKE  I LIKE  I LIKE  I LIKE  I LIKE 
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page